Author:
Zamzuri Zamira Hasanah,Isa Zaidi
Abstract
Mengenal pasti faktor berbahaya yang mengancam keselamatan adalah penting agar tindakan dapat dirancang untuk menangani akibat jika berlakunya hazard tersebut. Proses pengecaman tersebut memerlukan pengukuran dan komputasi khusus dengan kebarangkalian dan keparahan kejadian tersebut diperlukan. Dalam kajian ini, pendekatan rangkaian Bayesan dilaksanakan untuk menilai, mengenal pasti dan kemudiannya memberi pangkat kepada faktor yang menyumbang kepada berlakunya perlanggaran kapal. Menerusi penggabungan maklumat daripada pandangan pakar dan data lepas, satu rangkaian Bayesan dibina untuk mentafsir kebarangkalian berlakunya perlanggaran diberi pemboleh ubah yang dicerap. Tiga jenis hazard dipertimbangkan dalam kajian ini iaitu teknikal, semula jadi dan kesilapan manusia. Peningkatan dalam kebarangkalian berlakunya perlanggaran kemudiannya dihitung dengan mensyaratkan kepada aras dalam pemboleh ubah dicerap. Tiga faktor pertama yang menyumbang kepada berlakunya perlanggaran kapal adalah kegagalan major dalam sistem komunikasi, kebolehan terjejas tinggi dan ketiadaan pemandu sebagai penasihat pelayaran. Penemuan ini membantu dalam menyerlahkan potensi major ditawarkan oleh rangkaian Bayesan bagi analisis risiko dan penghitungan kebarangkalian. Malahan, kajian ini menawarkan pemahaman yang lebih mendalam kepada pengamal dalam bidang ini untuk merancang atau membina strategi tindakan yang diperlukan bagi mengelakkan berlakunya perlanggaran. Maklumat ini juga penting untuk menilai keselamatan sesuatu kapal dalam usaha mengurangkan potensi suatu perlanggaran tersebut berlaku.
Publisher
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Cited by
1 articles.
订阅此论文施引文献
订阅此论文施引文献,注册后可以免费订阅5篇论文的施引文献,订阅后可以查看论文全部施引文献