Penilaian Kualiti Air Bawah Tanah di Kelantan dan Pahang, Malaysia
-
Published:2022-10-31
Issue:10
Volume:51
Page:3495-3507
-
ISSN:0126-6039
-
Container-title:Sains Malaysiana
-
language:
-
Short-container-title:JSM
Author:
Wan Syaidatul Aqma Wan Syaidatul Aqma,Sarmani Sukiman,Hamzah Ainon,Yasir Muhamad Samudi,Radiman Shahidan,Arifin Mohd Hariri,Khoo Kok Siong,Mohamed Faizal,Abdul Rahman Irman
Abstract
Air bawah tanah yang menjadi sumber kegunaan domestik kepada pengguna memerlukan penilaian air bawah tanah bagi mengelakkan berlakunya isu kesihatan. Kajian ini dijalankan untuk menilai kualiti air telaga tiub dalam aspek kandungan logam berat, bahan radioaktif semula jadi (NORM) dan bakteria patogen di Kelantan dan Pahang, Malaysia. Hasil kajian ini menunjukkan kandungan Fe (90-42100 µg/L) dan Mn (3-478 µg/L) yang diperoleh adalah tinggi dan boleh menjejaskan kualiti air secara keseluruhan. Kandungan NORM yang terkandung dalam air telaga adalah 0.02-0.08 Bq/L bagi jumlah pengaktifan Alpha dan 0.02-0.15 Bq/L bagi jumlah pengaktifan beta, yang berada di bawah paras selamat yang telah ditetapkan oleh WHO. Kandungan NORM dalam sampel tanah adalah dalam julat 401-1348 Bq/kg untuk 40K, 19-175 Bq/kg untuk 232Th dan 28-318 Bq/kg untuk 238U yang boleh diterima di Malaysia. Anggaran dos sinaran tahunan adalah antara 52 µSv/tahun hingga 379 µSv/tahun dan berada dalam julat selamat untuk orang ramai. Kesemua sampel air dari Kelantan dan dua sampel air dari Pahang mengandungi bakteria enteropatogen terutamanyaEscherichia coli dan Salmonella sp. yang melebihi piawaian Kualiti Air Kebangsaan. Boleh disimpulkan bahawa kualiti air bawah tanah selamat untuk digunakan semasa kecemasan, tetapi ia perlu dirawat sebelum diminum.
Publisher
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Subject
Multidisciplinary