Affiliation:
1. Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah,Kolej Sastera dan Sains,Universiti Utara Malaysia
2. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,Universiti Sains Malaysia
Abstract
Makalah ini mengkaji lagu Melayu asli untuk mengenal pasti proses fonologi yang terdapat dalam nyanyian. Kajian atau huraian ciri-ciri bahasa dalam nyanyian lagu Melayu asli amatlah berkurangan dan masih tidak jelas. Oleh itu, sebanyak sepuluh buah lagu Melayu asli telah dijadikan sebagai data kajian dan menjalani proses alih bentuk daripada bentuk fail MP3 kepada bentuk teks menerusi proses transkripsi fonetik. Penelitian memberikan tumpuan terhadap proses fonologi yang melibatkan segmen konsonan dan dihuraikan dengan berpandukan teori Fonologi Generatif Linear (Chomsky & Halle, 1968). Hasil kajian mendapati bahawa sebahagian proses fonologi yang terkandung dalam lagu Melayu Asli ialah cerminan atau manifestasi bahasa Melayu Standard dalam nyanyian. Nyanyian lagu Melayu asli mematuhi proses fonologi bahasa Melayu standard seperti pengglotisan, asimilasi nasal, pengguguran obstruen tak bersuara, pengguguran nasal, penyisipan farinks dan penyisipan geluncuran. Selain itu, pengguguran likuida getaran didapati tidak terlaksana dalam nyanyian lagu Melayu asli kerana penyanyi tidak menggugurkan likuida getaran /r/ pada posisi koda. Hal berkenaan menunjukkan bahawa nyanyian lagu Melayu Asli mengingkari rumus pengguguran likuida getaran yang terdapat dalam bahasa Melayu standard yang bersifat pilihan.
Reference30 articles.
1. Arbak Othman. (1983). Permulaan ilmu linguistik: Satu pengenalan konsep dan bidang kajian teoris. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.
2. Arif Ahmad. (2005). Pemikiran tradisi Melayu dalam lagu ciptaan P. Ramlee. In P. Ramlee di cakra nusantara. Kota Semarahan: Universiti Malaysia Sarawak.
3. Aripin Said. (2004). Nyanyian rakyat khazanah bangsa yang hilang. Kuala Lumpur: Jabatan kebudayaan dan Kesenian Negara.
4. Asmah Haji Omar. (1993). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Asmah Haji Omar. (2015a). Ensiklopedia bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.