Affiliation:
1. Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia
Abstract
Setiap bangsa di dunia memiliki cerita haiwan tersendiri yang diwarisi sejak zaman sastera lisan. Cerita haiwan terbahagi kepada beberapa bentuk, iaitu cerita asal usul kejadian haiwan, cerita didikan dan pengajaran, mitos haiwan serta haiwan sebagai satira atau kiasan. Misalnya, cerita haiwan sebagai satira atau kiasan dihasilkan dengan tujuan untuk mengkritik kelemahan individu atau sesuatu pihak supaya diperbaiki. Namun begitu, kajian lepas yang membandingkan cerita haiwan sebagai satira antara Malaysia dengan Amerika Syarikat didapati kurang dilakukan. Hal ini merupakan satu kelompangan yang perlu diisi memandangkan kajian terhadapnya mampu memperkenalkan watak haiwan dari kedua-dua buah negara selain menyerlahkan keunikan cerita masing-masing yang berbeza bahasa, latar belakang budaya dan tempat. Tulisan ini membincangkan novel Nabatah dari Malaysia dan Hollow Kingdom dari Amerika Syarikat. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis isu kepincangan sosial yang disampaikan dengan menggunakan watak haiwan dalam teks kajian. Penilaian dilakukan dengan memanfaatkan konsep satira. Dapatan kajian menunjukkan isu kepincangan sosial yang disampaikan oleh para pengarang mencerminkan realiti kebobrokan masyarakat di kedua-dua buah negara untuk diatasi. Penemuan ini membuktikan bahawa satira haiwan mampu menjadi alat kritikan masyarakat yang berkesan secara tidak langsung
Reference24 articles.
1. Abur Hamdi Usman & Mohd Mahfuz Jaafar. (2019). Rasisme menurut pandangan Haji Abdul Malik Karim Amirullah (1908–1982). [Persidangan]. Persidangan antarabangsa tokoh ulama Melayu Nusantara 2019, 15–23. http://conference. kuis.edu.my/pantumn/images/eprosiding/005-PANTUMM2019_aburhamdi. pdf.
2. Azlina Abdullah. (2012). Litetatur dan kajian tentang gender di Malaysia sejak 1980 hingga dekad 2000 an. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 5, 27–35. https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/article/view/30.
3. Buxton, K. J. (2019). Hollow Kingdom. Penerbit Grand Central Publishing (GCP).
4. Garrison, B. (2023). Professional feature writing (Edisi keenam). Routledge. https://books. google.com.my/books?id=EKi3EAAAQBAJ&printsec=frontcover&source=gbs_ ge_summary_r&cad=0#v=onepage&q&f=false.
5. Guina, R. (2023, 10 Mac). Homeless veterans in America. The Military Wallet. https://themilitarywallet.com/homeless-veterans-in-america/.