Tivi Karya Shahnon Ahmad sebagai Kontra-Hegemoni Mahathirisme

Author:

Mohamad Suharto Adam Muhammad Taufiq1

Affiliation:

1. Kolej Pengajian Seni Kreatif,UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Perdana, Seksyen U10, 40150, Shah Alam, Selangor, Malaysia

Abstract

Novel Tivi karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad telah diterbitkan pada tahun 1995 dan cetakan kedua pada tahun 2018 yang memusatkan naratif penceritaan tentang kemerosotan moral sebuah keluarga di kampung selepas salah seorang anak mereka membawa masuk budaya baharu dari bandar, terutamanya budaya menonton televisyen. Kajian lepas dalam lapangan akademik berkenaan dengan novel ini tidak memberikan perhatian terhadap kritikan ideologi apatah lagi persoalan kontra-hegemoni. Oleh itu, dalam makalah ini, Tividihujahkan sebagai kontra-hegemoni terhadap ideologi Mahathirisme terutama sekali dari aspek kapitalisme Mahathir. Terma Mahathirisme yang dipelopori oleh Dr. Khoo Boo Teik menjadi konsep perbincangan dan turut merujuk buku dan makalah lain yang berkait dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Teori “hegemoni” oleh Antonio Gramsci akan diaplikasikan bagi mewacanakan kontra-hegemoni oleh Shahnon Ahmad terhadap Mahathirisme. Posisi yang diambil oleh Shahnon Ahmad terhadap dikotomi kampung dan bandar, moden dan tradisional, spiritual dan material dalam novel ini menunjukkan nilai-nilai yang kontra terhadap hegemoni Mahathirisme. Label cereka Islam terhadap novel Tivi dan latar belakang Shahnon Ahmad sebagai penggerak Islamisme membolehkan Shahnon Ahmad dihujahkan sebagai “intelektual tradisional” mengikut kerangka Gramsci.

Publisher

Dewan Bahasa dan Pustaka

Subject

General Medicine

Reference31 articles.

1. Aihwa Ong. (1988). The production of possession: Spirits and the multinational corporation in Malaysia, American Ethnologist, 15(1), 28–45.

2. Althusser, L. (1971). Lenin and philosophy and other essays. Monthly Review Press.

3. Azhar Ibrahim. (2012). Shahnon Ahmad: Intelegensia sastera dan pemihakan kepada massa Melayu. Dlm. Muhammad Haji Salleh (Penyt.), Pemikiran sasterawan negara: Shahnon Ahmad, 395–419. Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Aziz M. Osman. (Pengarah). (1990). Fenomena [Filem]. Teletrade.

5. Che Abdullah Che Ya. (2017). Politics in the novels of Shahnon Ahmad. Dlm. Mohd. Yusuf Hasan (Penyt.), Critical views on works by Shahnon Ahmad, (1–41). Dewan Bahasa dan Pustaka.

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3