Affiliation:
1. Institut Filologi Asia Timur (pengajian Asia Tenggara),Universiti Frankfurt, Jerman.
Abstract
Perhatian orang Inggeris pada abad ke-17 terhadap perkembangan bahasa Melayu dapat dijangkakan sebagai sebahagian daripada bukti persaingan sengit yang wujud antara Inggeris dan pesaingnya Belanda (VOC). Persaingan sengit tersebut tidak hanya terbatas dalam hal memonopoli perdagangan tetapi juga dalam perebutan kawasan, pengaruh dukungan daripada pemerintah tempatan serta kelebihan ketika berdagang. Kesemua faktor persekitaran ini mencorakkan hasil penglibatan orang Inggeris dalam penghasilan naskhah dalam bahasa Melayu seperti kamus, catatan kembara, risalah agama dan manuskrip yang memerikan batang tubuh bangsa, bahasa dan negara yang dilawati ketika itu. Thomas Bowrey (TB), misalnya, merupakan seorang pedagang British yang belayar di Kepulauan Melayu pada abad ke-17 yang terkenal dengan kamus Inggeris-Melayu pertama yang terbit pada tahun 1701. Bowrey juga telah menghasilkan karya lain tentang bahasa Melayu yang menyimpan banyak maklumat seputar kebijakan tamadun bangsa Melayu pada abad ke-17 serta peranan, perhatian dan minat orang Inggeris dalam usaha mencorakkan perkembangan yang berlaku ketika itu. Makalah ini akan membincangkan bukti kemajuan dan kebijakan tamadun Melayu yang terdapat dalam manuskrip Thomas Bowrey yang disusun pada abad ke-17. Perbincangan akan menyentuh istilah daripada kosa kata pelayaran dalam manuskrip tersebut. Maklumat bahasa ini dibincangkan berdasarkan pendekatan etimologi (Collins, 2003 & 2018). Makalah ini menyimpulkan maklumat dalam manuskrip Bowrey menunjukkan perhatian dan rasa ingin tahu Inggeris terhadap bahasa Melayu bukan hanya muncul akibat desakan pengaruh dan kuasa dalam perdagangan oleh pihak EIC semata-mata, tetapi juga oleh suasana keilmuan dan kesarjanaan bahasa dan bangsa Melayu pada abad ke-17.
Reference23 articles.
1. Bowrey, T. Thomas Bowrey Papers. Manuskrip. Mss Eur D782. 1669‒1679, British Library, India office Records and Private Papers.
2. Bowrey, T. (1701). A dictionary English and Malayo, Malayo and English. Sam Bridge.
3. Bowrey, T. (1903). A geographical account of countries round the bay of Bengal, 1669 to 1679. The Hakluyt society.
4. Collins, J.T. (2003). Mukadimah ilmu etimologi. Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Collins, J.T. (2018). Mukadimah ilmu etimologi (Edisi Kedua). Dewan Bahasa dan Pustaka.