Affiliation:
1. Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang
2. Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi Mara (UiTM).
3. Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Abstract
Dewasa ini, peranan muzium amat besar sekali. Muzium berfungsi sebagai institusi multifungsi, iaitu sebagai penjana ekonomi, penjaga harta warisan, pembawa agenda pembangunan negara dan alat pendidikan. Kesemuanya mempunyai kaitan langsung dengan usaha memartabatkan Islam dalam kehidupan. Namun begitu, di sebalik semua fungsi ini, masih belum ada lagi garis panduan muzium patuh syariah yang boleh dirujuk oleh institusi muzium. Untuk itu, kajian ini akan cuba membangunkan garis panduan muzium patuh syariah menggunakan dua kaedah utama, iaitu pertama, kaedah analisis kandungan terhadap bahan yang berkaitan dengan muzium dan Islam. Kedua, kaedah Fuzzy Delphi, iaitu kaedah mendapatkan pengesahan pakar muzium, budaya dan hukum Islam tentang garis panduan muzium patuh syariah yang sesuai dengan realiti Malaysia. Hasilnya, kajian ini mencadangkan dua garis panduan muzium patuh syariah untuk kegunaan muzium di Malaysia yang terdiri daripada aspek (a) kurator dan (b) artifak muzium. Kedua-dua garis panduan ini mengandungi sudut pandang Islam yang disesuaikan dengan realiti semasa Malaysia
Reference39 articles.
1. Ahmad Farid Abdul Jalal. (2019). Pengaruh British dalam Institusi Muzium di Malaysia: Kajian di Muzium Negeri Pahang. (Tesis Sarjana tidak diterbitkan). Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, APIUM.
2. Ahmad Farid Abd Jalal, Abdullah Yusuf, Ahmad Faisal Abd Hamid & Rahimin Affandi Abd Rahim. (2019). Kesedaran muzium baru di Malaysia. Jurnal Melayu Sedunia, 2(1), 93–111.
3. Ahnaf Wafi Alias. (2018). Peranan kurator Muzium Negeri Pahang dalam memastikan kelangsungan manuskrip hukum kanun Pahang. Prosiding Persidangan Siswazah Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu 2018 (PERSIPMAM), ATMA UKM, 215‒230.
4. Al-Ansari, Abdul Hamid. (2001). Islam and the preservation of the human heritage. Proceedings of the Doha Conference Of ‘Ulamâ On Islam And Cultural Heritage, Doha, Qatar, 30‒31 December 2001, 27‒33.
5. Al-Zahrani, Damna A. (2016). Heritage, conservation and good governance enhancing the heritage law framework in Saudi Arabia. Tesis Kedoktoran untuk University of Western Australia, 57‒64.