Falsafah Mistik Sinkretisme: Penelitian terhadap Struktur Segi Empat Pada Ilustrasi Visual dalam Manuskrip "Pelaga Lembu"

Author:

Shaari Shahrul Anuar1

Affiliation:

1. Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia.

Abstract

Dimensi kesenian tradisi alam Melayu terkenal dengan kepelbagaian unsur kepercayaan mistik sinkritisme, sekali gus mencerminkan wajah pemikiran akal budaya masyarakat setempat. Amalan yang bercampur baur dan merentas budaya ini dimanifestasikan dalam setiap disiplin ilmu melalui sistem tanda visual yang telah lama wujud sehingga menimbulkan kekeliruan antara yang benar dan batil. Kajian dalam konteks seni visual ini akan melibatkan beberapa struktur asas segi empat dalam amalan menterjemahkan imejan visual, khususnya kesan ilusi optikal yang terdapat ilustrasi visual tanda bab dan wafak yang terdapat dalam manuskrip “Pelaga Lembu” dari Kelantan-Patani, simpanan Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia. Sistem tanda dan makna pada elemen ini diinterpretasi menerusi kaedah teoritikal daripada kerangka Semiotik Model Inderalogi. Setiap kerangka asas segi empat yang menjadi struktur pengukuhan komponen visual dicerakinkan dalam galur ilmu pengetahuan bersifat langka. Bagi mengimbangi pengaruh konsep mistik sinkritisime dalam meterial kesenian tradisi secara ilmiah, maka pengkaji turut melihat pengertian makna unsur ini menerusi pelbagai perspektif budaya yang pernah mendiami budaya Melayu. Hasil kajian mendapati bahawa berlaku pertindihan nilai makna berganda daripada laras falsafah Pythagoras, tasawuf, Hindu-Buddha, Kabbala, animisme dan pengaruh Israiliyat, telah diolah dan diterima secara sistematik menjadi teras akal budi dan sebati.

Publisher

Dewan Bahasa dan Pustaka

Subject

General Computer Science

Reference43 articles.

1. Al-Quran Tajwid Warna dan Terjemahan. (2012). Humaira Bookstore Enterprise. KDN: PQ/Q. 1001/2.2/QA/438/72/2012.

2. A. Aziz Deraman. (2001). Tamadun Melayu dan pembinaan bangsa Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Abdullah Muhamed. (1997). Penggunaan simbol-simbol dalam kosmologi dan kesenian. Dlm. Wan Abdul Kadir & Hashim Awang AR (Eds.) Seni dan Kosmologi; Kosmologi Islam dalam Kesenian Melayu. Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

4. Adrian, Frutiger. (1989). Sign and symbols: Their design and meaning. (Andrew Bluhm, Terj.). Van Nostrand Reinhold.

5. Al-Attas, Syed Hussein. (1992). Intelektual masyarakat membangun. Dewan Bahasa dan Pustaka.

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3