Analisis Metafora Konseptual "Rasa" Berasaskan Data Korpus dalam Kalangan Pesakit Kemurungan

Author:

Ab Patah Salihah1,Jamaluddin Norliza1,Chong Guan Ng2

Affiliation:

1. Faculty of Language and Communication, Universiti Pendidikan Sultan idris

2. Faculty of Medicine, Universiti Malaya

Abstract

Kajian ini meneliti fenomena kemurungan dalam kalangan pesakit MDD dari perspektif bahasa. Kajian kes yang menjadi reka bentuk kajian ini memfokuskan seorang pesakit MDD di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Kajian menggunakan Teori Metafora Konseptual (TMK) oleh Lakoff dan Johnson (1980), analisis metafora sistematik oleh Cameron et al. (2010) dan Prosedur Pengidentifikasian Metafora (PPM) oleh Kumpulan Pragglejaz (2007). Dengan membangunkan data korpus sendiri (DIY corpus), data lisan ditranskripsi untuk dianalisis secara mendalam. Kajian ini mendapati bahawa sebanyak 61% kata "rasa" yang ditemukan dalam data korpus menunjukkan rangkuman bahasa emosi dan perasaan seseorang. Kata "rasa" dalam data korpus dianalisis untuk melihat cara pesakit Major Depression Disorder (MDD) mengekspresikan emosi kesedihan, kekecewaan dan putus harapan yang disampaikan melalui ungkapan tersirat. Sebanyak 87% metafora linguistik mengkonseptualkan metafora kemurungan. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa bahasa Melayu mempunyai set metafora yang sama dengan kajian lepas apabila metafora kemurungan yang telah diidentifikasikan sangat relevan dengan pemetaan metafora konseptual yang sedia ada, iaitu KEMURUNGAN IALAH KEJATUHAN, KEMURUNGAN IALAH SIMPTOM FIZIKAL, KEMURUNGAN IALAH BENDA, KEMURUNGAN IALAH BEBAN, KEMURUNGAN IALAH ORGANISMA HIDUP, KEMURUNGAN IALAH PERJALANAN dan KEMURUNGAN IALAH PEPERANGAN. Gabungan metafora sistematik juga dapat membingkaikan pemikiran pesakit kemurungan dan masyarakat sekeliling sehingga membentuk satu set metafora sistematik, iaitu PERSEPSI PESAKIT MENTAL TERHADAP STIGMA MASYARAKAT IALAH PERSEPSI NEGATIF TERHADAP ISLAM.

Publisher

Dewan Bahasa dan Pustaka

Reference35 articles.

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3