Isu Bahasa Melayu di Johor dalam Akhbar Lembaga Malaya sebelum Perang Dunia Kedua

Author:

Mahfood Siti Zahrah1,Hassan Nurul asyikin1

Affiliation:

1. Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Penulisan ini membincangkan isu bahasa Melayu sebelum Perang Dunia Kedua dengan meletakkan fokus kepada Lembaga Malaya. Sebagai sebuah akhbar yang banyak melontarkan gagasan dan pandangan terhadap isu bahasa Melayu, penerbitnya berasa bertanggungjawab untuk menyeru masyarakat tempatan supaya mengangkat semula martabat kedudukan bahasa ini setelah wujudnya bahasa asing yang dibawa oleh pihak kolonial sehingga menghakis kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa utama. Perkembangan bahasa Melayu sebelum kedatangan kolonial British diberikan tumpuan pada awal perbincangan sebelum perbincangan difokuskan secara menyeluruh tentang perjuangan Lembaga Malaya dalam usahanya mengangkat semula bahasa Melayu. Penulisan ini menggunakan kaedah analisis deskriptif terhadap akhbar Lembaga Malaya dandisokong oleh sumber lain, terutamanya sumber pertama dan sumber kedua. Beberapa data statistik tentang topik tertentu juga turut dimasukkan. Skop masa dan tempat perbincangan topik hanya meliputi peristiwa dan perkembangan dari kurun ke-20 sehingga sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua. Zaman tersebut memperlihatkan pertumbuhan yang ketara dalam bidang penulisan dan penerbitan akhbar dan majalah dalam kalangan masyarakat tempatan Johor. Berbekalkan matlamat tersendiri dan tumpuan terhadap negeri Johor, iaitu tempat lahirnya penerbitan akhbar Lembaga Malaya, makalah ini memuatkan dasar dan langkah yang dirancang oleh pihak British untuk menghakis kedudukan bahasa Melayu di Malaya. Makalah ini juga memperihalkan seruan dan laungan untuk mempertahankan martabat bahasa Melayu di Johor dan seterusnya meneliti perjuangan Lembaga Malaya dalam isu berkaitan dengan bahasa Melayu. Penulisan ini juga memberikan gambaran tentang peranan Lembaga Malaya untuk mempertahankan dan memartabatkan bahasa Melayu sehingga memperlihatkan hasilnya.

Publisher

Dewan Bahasa dan Pustaka

Reference37 articles.

1. Abdul Hadi Ismail. (1995). Winstedt dan pendidikan orang Melayu. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 13, 1–12.

2. Abdul Rahim Kajai. (1984). Wartawan dan sasterawan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Abu Hanifah Haris & Roslina Ab Ghani. (2019). Daripada kolej ke universiti: Perkembangan pendidikan tinggi di Tanah Melayu 1905–1907. Malaysia dari Segi Sejarah, 47, 65–88.

4. Adnan Nawang. (1998). Za’ba dan Melayu. Berita Publishing. Ahmad. (5 April 1937). Bahasa Melayu. Lembaga Malaya.

5. Amat Juhari Moain. (2009). Sejarah perancangan bahasa Melayu di Negeri Johor. Dewan Bahasa dan Pustaka.

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3