Peranan dan Cabaran Pusat Mediasi Mahkamah dalam Penyelesaian Kes Pertikaian di Malaysia

Author:

Drs Nasrul Muhammad Amrullah1,Md Said Muhamad Helmi2,Mohd Alam Shah Nurin Athirah1,Ab. Ghani Sayuti3

Affiliation:

1. Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

2. Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia

3. Jabatan Kenegaraan, Kepimpinan dan Pengajian Islam, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Abstract

Terdapat peningkatan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia tentang penyelesaian melalui mahkamah. Jika terdapat pertikaian yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka dan gagal diselesaikan secara baik, tempat yang mereka tuju sudah semestinya mahkamah. Disebabkan hal itu, kes di mahkamah semakin meningkat sehingga menyebabkan banyak kes di mahkamah terpaksa ditangguhkan atau ditunda ke suatu tarikh yang lain. Perkara seperti ini secara tidak langsung memberikan imej buruk atau negatif kepada institusi kehakiman di Malaysia. Oleh itu, untuk mengelakkan perkara ini daripada menjadi tidak terkawal, hakim di mahkamah mencadangkan pihak-pihak yang terlibat untuk bermediasi di Pusat Mediasi Mahkamah yang dijalankan di Mahkamah Tinggi Sivil. Walaupun pusat mediasi ini telah lama bertapak di Malaysia, kebanyakan rakyat Malaysia masih tidak tahu akan kewujudannya. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah untuk memberikan pengetahuan kepada orang ramai tentang pusat mediasi ini dan menilai peranan dan cabaran yang terdapat di pusat mediasi ini untuk menyelesaikan pertikaian. Kajian ini mengguna pakai penyelidikan berasaskan kepustakaan, iaitu peruntukan undang-undang, kes mahkamah, buku teks, artikel jurnal, akhbar, prosiding persidangan dan kertas seminar. Kaedah temu bual secara berstruktur juga dilakukan kepada pegawai mahkamah atau mediator yang dilantik. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa Pusat Mediasi Mahkamah ini sebenarnya berkesan dalam usaha menyelesaikan pertikaian khususnya pertikaian keluarga. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dipergiatkan agar kesemua cabaran yang ada di Pusat Mediasi Mahkamah ini dapat diatasi secara efektif selain dapat meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kewujudan Pusat Mediasi Mahkamah.

Publisher

Dewan Bahasa dan Pustaka

Reference39 articles.

1. Abdul Hamid Mohamad (2008). Officating Speech. [Persidangan] 4th Asia-Pacific Mediation Forum Conference, Kuala Lumpur.

2. Akta Mahkamah Kehakiman 1964

3. Akta Mahkamah Rendah 1948

4. Akta Mediasi 2012

5. Alwi Abdul Wahab (2013) Court-annexed and judge-led mediation in civil cases: The Malaysian experience [Tesis PHD]. Victoria University.

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3