Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Spesifik yang Berkaitan dengan Pendidikan di Malaysia serta Hubungannya dengan Kebebasan Ahli Akademik

Author:

Mat Saad Hasbollah1,Rajamanickam Ramalinggam2

Affiliation:

1. Fakulti Undang-undang, Universiti Multimedia, Melaka.

2. Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abstract

Kebebasan ahli akademik merupakan asas pembentukan masyarakat yang berpengetahuan. Kebebasan akademik perlu ditegakkan serta diampuhkan bagi menjamin kesinambungan penyampaian ilmu pengetahuan dapat dilaksanakan secara telus dan terbuka. Walau bagaimanapun, kebebasan ini menjadi tajuk perbincangan yang hangat diperkatakan dalam kalangan masyarakat kerana terdapatnya sekatan yang memungkinkan perkembangan ilmu pengetahuan tidak dapat dijalankan secara mampan. Persekutuan Malaysia, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000 (Akta 605), Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30), Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555), Akta Majlis Kebangsaan Pendidikan Tinggi 1996 (Akta 546), Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 (Akta 679) dan Perlembagaan universiti-universiti merupakan antara sebilangan rangkaian akta penting yang perlu diperbahaskan secara rinci agar perkara yang berkaitan dengan kebebasan ahli akademik di Malaysia dapat diperjelas serta diletakkan semula pada landasan yang betul. Objektif makalah ini adalah untuk membincangkan peruntukan undang-undang yang secara langsung atau secara spesifik berkait rapat dengan kebebasan ahli akademik, khususnya melibatkan ahli akademik yang sedang berkhidmat di institusi pendidikan tinggi di Malaysia. Kesan langsung yang dapat dinyatakan dalam makalah ini ialah terdapatnya beberapa peruntukan undang-undang tersebut yang memerlukan penelitian semula secara segera bagi memastikan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan modal insan yang holistik dan bersepadu bagi mendepani cabaran era globalisasi ini dapat direalisasikan secara efektif.

Publisher

Dewan Bahasa dan Pustaka

Subject

General Earth and Planetary Sciences,General Environmental Science

Reference59 articles.

1. Agensi Kelayakan Malaysia, MQA Sepintas Lalu. (2019). Dicapai pada 19 Februari 2019 daripada http://www.mqa.gov.my/pv4/bm/profil_MQA.cfm

2. Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 (Akta 679).

3. Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605).

4. Akta Majlis Kebangsaan Pendidikan Tinggi 1996.

5. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3