Pemalsuan Dokumen Perkahwinan: Analisis terhadap Peruntukan Berkaitan dan Kajian Kes di Mahkamah Syariah Malaysia

Author:

Alias Mohamad Aniq Aiman1

Affiliation:

1. Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia

Abstract

Pemalsuan dokumen merupakan satu daripada cabaran apabila mengemukakan bentuk keterangan tersebut di mahkamah. Secara umumnya, terdapat pelbagai bentuk pemalsuan dokumen yang berlaku, seperti pemalsuan dokumen perkahwinan, kenyataan palsu daripada saksi dan pemalsuan tandatangan. Dalam kajian ini, pengkaji memfokuskan perbincangan mengenai pemalsuan dokumen perkahwinan. Hal ini dikatakan demikian kerana masih wujud kelompangan terhadap perbincangan kesalahan pemalsuan dokumen perkahwinan di mahkamah syariah Malaysia yang memerlukan kajian yang komprehensif. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk memperjelas konsep pemalsuan dokumen dan kedudukannya dalam perundangan Islam, menganalisis peruntukan undang-undang menurut perspektif fiqah dan undang-undang Syariah, serta menjalankan kajian kes pemalsuan dokumen perkahwinan di mahkamah syariah Malaysia. Bagi mencapai objektif tersebut, pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif, iaitu kaedah analisis dokumen daripada data primer dan data sekunder. Data yang diperoleh kemudiannya dipersembahkan dalam bentuk subtema. Kajian ini dilihat sangat penting bagi melihat bidang kuasa mahkamah syariah apabila mengendalikan kes yang berkaitan dengan pemalsuan dokumen perkahwinan dan secara tidak langsung memberikan pendedahan kepada semua masyarakat Islam di Malaysia tentang kepentingan penjagaan keaslian dokumen perkahwinan bagi tujuan perundangan. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa tiada peruntukan khusus bagi kesalahan pemalsuan secara umum, sebaliknya disabitkan di bawah kesalahan menghina mahkamah. Bagi kesalahan pemalsuan dokumen perkahwinan, pesalah boleh dijatuhi hukuman mengikut Seksyen 38 Akta Undang-undang Keluarga. Berdasarkan analisis kajian kes tersebut kadar denda yang dikenakan terhadap pesalah didapati bersifat minimum. Oleh itu, pengkaji mencadangkan agar kajian lanjutan dilakukan dengan melakukan perbandingan antara amalan dan praktis dengan undang-undang sivil dari segi pengendalian kes pemalsuan dokumen perkahwinan dan menganalisis peruntukan yang berkaitan.

Publisher

Dewan Bahasa dan Pustaka

Reference44 articles.

1. ‘Abdul Haseeb ‘Abdul Salam Yusif. (1987). Al-qadi wa al-bayyinah. Maktabata al-Mu’allah.

2. Abdul Aziz Amir. (1976). Al-ta’zir fi al-shariat al-Islamiah. Dar al-Fikri Al-Arabi.

3. Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 561].

4. Akta Membaharui (Perkahwinan dan Perceraian)(Pindaan) [Akta 1976].

5. Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1998 [Akta 585], 1998.

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3