Affiliation:
1. Fakulti Pengajian Islam, Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
Abstract
Warga emas adalah golongan rentan yang perlu dilindungi dan dibela berikutan jasa dan sumbangan mereka yang amat besar terhadap agama dan negara. Namun dewasa ini faktor urbanisasi, kerjaya dan pendidikan telah menjadikan golongan ini mula dipinggir dan diabaikan. Kes-kes penderaan juga sering dipaparkan dimedia massa mahupun media cetak berikutan peningkatan populasi warga emas Malaysia dan dunia. Kajian ini adalah bertujuan melihat perlindungan warga emas yang sedia ada dalam perundangan negara bagi meneliti sejauhmana hak-hak warga emas dilindungi. Kajian dilakukan menggunakan pendekatan kualitatif melalui kajian keperpustakaan dan dianalisis secara analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan perundangan yang ada telah melindungi hak-hak warga emas secara umum namun masih belum menyeluruh dalam memenuhi keperluan hak-hak warga emas. Oleh yang demikian adalah perlu suatu pindaan kepada perundangan sedia ada atau penggubalan perundangan khusus untuk warga emas dilakukan bagi memenuhi keperluan tersebut.
Subject
General Earth and Planetary Sciences,General Environmental Science
Reference31 articles.
1. Ahmad, Muhammad Hazim, et al. (2019). Undang-Undang penjagaan dan kebajikan warga emas di Malaysia: Satu Analisis Awal. E-Prosiding Persidangan Industri Warga Emas Kebangsaan 2019: Menuju Pengurusan Patuh Syariah. Usuli Faqih Research Centre Plt.
2. Ahmad, Noor Aza. (2021). Perlindungan kebajikan warga emas gelandangan dan daif menurut Akta Orang-Orang Papa 1977: Suatu tinjauan perundangan. Kanun: Jurnal Undang-Undang Malaysia, 33(1), 79-96.
3. Ahmad Syakir, et al. (2017). Pembiayaan Nafkah Ibu Bapa : Kajian Pelaksanaan Di Pasir Mas Kelantan. Mohd Nasran Mohamad, et al. (Ed.), Proceedings of the International Conference on Islam, Development and Social Harmony in Southeast Asia 2017. Fakulti Pengajian Islam, UKM.
4. Akta Keganasan Rumahtangga 1994 [Akta 521].
5. Akta Orang-Orang Papa 1977 [Akta 183].