Affiliation:
1. Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract
Makalah ini menjalankan kajian terhadap konsep tanggungjawab keibubapaan di Malaysia. Tanggungjawab yang dimaksudkan tidak hanya tertumpu pada tanggungjawab menjaga anak-anak, memberi nafkah malahan meliputi setiap aspek bagi mengangkat kepentingan terbaik kanak-kanak. Isu pengabaian, penderaan, manipulasi serta keterlibatan kanak-kanak dengan perilaku jenayah serta masalah sosial yang tiada kesudahan terlalu banyak dibincangkan dalam kajian terdahulu, namun dari sudut tanggungjawab keibubapaan terutamanya dari sudut undang-undang masih memerlukan kajian kritis. Penulisan makalah ini menganalisis tanggungjawab keibubapaan dari sudut perundangan awal Inggeris, kedudukan di sisi undang-undang Islam serta konsep tanggungjawab keibubapaan ini dalam perundangan di Malaysia. Tumpuan dikhususkan terhadap tanggungjawab keibubapaan terhadap anak-anak selepas perceraian. Analisis dokumentari dilakukan terhadap data daripada bahan yang terpilih termasuklah makalah jurnal, buku, dan statut. Kesemua data ini diperoleh melalui kajian kepustakaan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa konsep tanggungjawab keibubapaan di Malaysia memberikan hak kepada kanak-kanak dan menjamin kepentingan mereka, seterusnya menjamin kelangsungan tanggungjawab berterusan ibu bapa.
Reference36 articles.
1. Abdul Rashid Abdul Aziz, Nurun Najihah Musa, Nur Ain Mustafar, Nur Kareelawati Abd Karim & Is’haq Ibrahim. (2020). Kerangka konsep keluarga malaysia dalam pengurusan konflik rumahtangga. USIM Research Repository System.
2. Al-Imam ‘Ala al-Din Abi Bakr Ibn Mas’ud al-Kasaani, Badaie’ al-Sonaie’ fi Tartib al-Syaraie, Jilid 5.
3. Amran Hassan, Fatimah Yusooff & Khadijah Alavi. (2014). Pengaruh faktor and kesepaduan (kefungsian keluarga) dan kemahiran keibubapaan terhadap kesejahteraan psikologi dalam kalangan ibu bapa dan anak. Sains Humanika, 3(1), 99. https://doi.org/10.11113/sh.v3n1.532
4. Badruddin Ibrahim & Azizah Mohd. (2013). Hak anak terhadap nafkah dalam perundangan Islam: Sejauh manakah bapa bertanggungjawab menanggung nafkah anaknya. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 25(2), 255–272.
5. Common Wealth of Australia. Family Law Amendment (Shared Parental Responsibilty) Act 2006, 2006.