Affiliation:
1. Kulliyyah Syariah dan Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, 09300 Kuala Ketil, Kedah, Malaysia
Abstract
Makalah ini membincangkan pindaan berkaitan dengan peruntukan hal ehwal nafkah dengan penggubalannya sebelum merdeka, iaitu Enakmen Pentadbiran Hukum Syariah (Selangor) 1952 (Enakmen No. 3). Namun begitu, bagi penduduk di Kuala Lumpur, enakmen ini telah diberhentikan pemakaiannya apabila wujudnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 1974 dengan tergubalnya Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303). Daripada penggubalan tersebut, makalah ini mengkaji perubahan yang berlaku dalam pindaan mengenai nafkah. Antara kajian yang dilakukan termasuklah penelitian sama ada berlakunya perubahan dari segi syarak atau hanya melibatkan aspek pentadbiran. Selain itu, turut menjadi persoalan tentang penguatkuasaan undang-undang sekiranya nafkah tersebut tidak dilaksanakan oleh orang yang diperintahkan, sama ada ditambah baik atau dikekalkan tanpa sebarang pindaan. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat kesesuaian dengan perubahan zaman dengan berlakunya pindaan daripada Enakmen No. 3 kepada Akta 303 serta kajian melalui perubahan dari segi syarak. Kajian ini menggunakan metod pengumpulan data, iaitu kajian secara kepustakaan. Perbincangan adalah tentang statut perundangan sahaja. Selain itu, turut digunakan dokumen yang berkaitan seperti jurnal, kitab fiqh dan kajian terdahulu. Hasil kajian mendapati, hanya terdapat lima pindaan sahaja daripada Enakmen No. 3 kepada Akta 303 dan satu kepada Akta 585. Pindaan sebanyak lima peruntukan tersebut melibatkan tempoh nafkah idah, tempoh nafkah anak, penanggung nafkah, nafkah anak tak sah taraf dan perubahan serta pembatalan nafkah. Daripada kelima-lima peruntukan tersebut, hanya satu peruntukan melibatkan hukum syarak dan empat lagi hanya melibatkan pentadbiran. Yang terakhir melibatkan penguatkuasaan undang-undang, dipinda daripada Enakmen No. 3 kepada Akta 585, yang lebih terperinci dan sistematik.
Reference29 articles.
1. Abdul Rashid Moten (1998), A Guide To Research Proposal And Report Writing. Research Centre International Islamic University, Malaysia.
2. Ahmad Ibrahim dan Ahilemah Joned. (2007). Sistem Undang-undang di Malaysia. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
3. Aisny binti Mohd Daris lwn. Haji Fahro Rozi bin Mohdi. (1412h) 2 JH 216
4. Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998. (Akta 585).
5. Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. (Akta 303).