Affiliation:
1. Pusat Pengajian Undang-Undang, UUM COLGIS, Universiti Utara Malaysia, 06010, Sintok, Kedah Darul Aman, Malaysia
Abstract
Kesan penularan COVID-19 memperlihatkan peningkatan penyebaran berita palsu dan maklumat salah yang berleluasa. Ramai pakar bersependapat bahawa fenomena ini disebabkan oleh limpahan maklumat ataupun dipanggil sebagai infodemik. Fenomena infodemik ini telah serba sedikit memberi kesan negatif terhadap usaha pihak berwajib di seluruh dunia untuk menangani ancaman pandemik. Dalam pada itu, walaupun wujudnya ekosistem penyemakan fakta di Malaysia, namun perkara ini dilihat gagal untuk menangani masalah infodemik dengan berkesan. Penguatkuasaan undang-undang sedia ada juga dilihat sebagai instrumen yang tidak demokratik dan drakonian oleh pengkritik. Hal yang lebih membimbangkan, instrumen perundangan tradisional dilihat semakin lapuk ditelan zaman dan semakin jauh ditinggalkan dengan kelajuan perkembangan teknologi. Oleh yang demikian, satu pendekatan baharu yang lebih segar diperlukan bagi mengawal infodemik. Sehubungan dengan itu, objektif utama makalah ini adalah untuk menilai semula keberkesanan ekosistem penyemakan fakta dan undang-undang berkaitan dengan pengawalan infodemik sedia ada. Makalah ini juga mengusulkan kaedah baharu termasuklah menggunakan teknologi bagi tujuan mengawal selia infodemik pada masa hadapan. Makalah ini turut melihat pendekatan beberapa negara luar dalam usaha menangani cabaran infodemik. Oleh itu, bagi memenuhi objektif yang dinyatakan diatas, makalah ini akan menggunakan kaedah kajian kualitatif untuk memformulasi dapatannya, terutamanya melalui kaedah analisis tekstual terhadap perundangan yang berkaitan dan juga terhadap sumber sekunder, seperti manuskrip akademik, buku teks, sumber dalam talian dan juga sumber lain yang bersesuaian.
Reference39 articles.
1. Ahmed, S. T. (2020). Managing news overload (MNO): The COVID-19 infodemic. Information (Switzerland), 11(8). https://doi.org/10.3390/INFO11080375
2. Aizat Shariff. (2021). Housewife fined RM5,000 for spreading fake news. New Straits Times. https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2021/06/695249/housewife-fined-rm5000-spreading-fake-news
3. Akta Anti Berita Tidak Benar 2018
4. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM).
5. Althabhawi, N. M., Zainol, Z. A., & Bagheri, P. (2022). Society 5.0: A new challenge to legal norms. Sriwijaya Law Review, 6(1), 41. https://doi.org/10.28946/slrev.vol6.iss1.1415.pp41-54