Transformasi Teknologi Elektronik melalui Aplikasi Sistem e-Syariah dan i-Syariah dalam Sistem Pengurusan Mahkamah Syariah di Malaysia

Author:

Mahmod Zulzaidi1,Buang Ahmad Hidayat1

Affiliation:

1. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Abstract

Implimentasi teknologi maklumat dalam institusi kehakiman syariah disambut baik oleh semua mahkamah syariah negeri di Malaysia melalui aplikasi sistem e-Syariah. Inovasi dan transformasi teknologi elektronik ini diteruskan oleh sebahagian mahkamah syariah termasuk mahkamah syariah di Sarawak yang membangunkan sistem baharu yang dinamakan i-Syariah, iaitu Sistem Pengurusan Pintar Syariah. Artikel ini bertujuan menganalisis pembangunan sistem Pengurusan Mahkamah Syariah melalui sistem e-Syariah pada peringkat Persekutuan dan i-Syariah yang diaplikasikan di Sarawak. Penelitian juga dilakukan terhadap modul yang dibangunkan dalam sistem e-Syariah dan i-Syariah bagi dapatan maklumat penyelidikan yang menyeluruh. Metodologi penyelidikan dilakukan secara kualitatif terhadap perkembangan pembangunan sistem e-Syariah dan sistem i-Syariah serta melaksanakan metode komparatif dengan membandingkan sistem yang diguna pakai di mahkamah sivil dengan kandungan sistem yang diaplikasikan di institusi kehakiman syariah. Penyelidikan ini mendapati bahawa transformasi teknologi elektronik mahkamah syariah kurang menunjukkan perkembangan berbanding mahkamah sivil yang telah mengaplikasi e-Filing system (EFS), Case Management System (CMS), Queue Management System (QMS), Court Recording and Transcribing (CRT), Artificial Intelligence (AI) dan Community and Advocate Portal System (CAP). Walau bagaimanapun berdasarkan pelan pembangunan i-Syariah maka sistem-sistem yang diguna pakai pada peringkat mahkamah sivil ini akan diimplimentasikan di mahkamah syariah Sarawak untuk memastikan transformasi informasi teknologi maklumat seiring dengan perkembangan teknologi digital di Sarawak.

Publisher

Dewan Bahasa dan Pustaka

Subject

General Earth and Planetary Sciences,General Environmental Science

Reference50 articles.

1. Arahan Amalan JKSM No. 10 Tahun 2001 "Pengumpulan Kes-kes untuk Jurnal Hukum".

2. Arahan Amalan No. 6 Tahun 2013 "Penggunaan Aplikasi E-Bicara oleh Hakim Syarie".

3. BH Online. (2020) "Kerajaan komited perkasa Mahkamah Syariah". Diakses pada 7 Disember 2020 daripada https://www.bharian.com.my/berita/ nasional/2019/02/530551/kerajaan-komited-perkasa-mahkamah-syariah

4. Claire Lim & Rachel Gong. (2020). Artificial Intelligence in the Courts: AI sentencing in Sabah and Sarawak. Khazanah Research Institute (KRI), 3. Diakses daripada http://www.krinstitute.org/assets/contentMS/img/template/ editor/200821%20AI%20in%20the%20Courts%20v3_02092020.pdf

5. Claudius Mitchell Hamarah and Fitri Suraya Mohamad. (2020). "Mathematical Cognition and Big Data Analytics: Are Sarawak Teachers Ready?" Journal of Cognitive Sciences and Human Development, 6(1), March 2020, 1-8.; https:// doi.org/10.33736/jcshd.1591.2020.

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3