Analisis Perbandingan Pengislaman Kanak-kanak menurut Hukum Syarak dan Kerangka Perundangan Malaysia

Author:

Yasin Redwan1,Badlihisham Nur Shafiqah1,Ab. Rahman Nurul Hidayat2,Ab. Ghani Sayuti1

Affiliation:

1. Jabatan Kenegaraan, Kepimpinan dan Pengajian Islam, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

2. Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Isu pengislaman kanak-kanak merupakan suatu polemik undang-undang yang sering dibincangkan di Malaysia. Punca utama permasalahan ini adalah disebabkan oleh tindakan ibu atau bapa mualaf yang mengislamkan anak hasil perkahwinan terdahulu yang berumur dibawah 18 tahun secara sebelah pihak sahaja. Dalil hukum syarak sering dikemukakan oleh pihak yang terlibat bagi menyokong tindakan pengislaman mereka. Faktor ketidakseragaman syarat persetujuan ibu bapa dalam peruntukan undang-undang Islam yang berbeza bagi negeri-negeri juga telah memberikan pemahaman yang berbeza dalam kalangan masyarakat untuk memahami prosedur pengislaman kanak-kanak. Oleh yang demikian, penulisan makalah ini bertujuan untuk mengkaji dan membandingkan kaedah pengislaman kanak-kanak menurut hukum syarak dan prosedur undang-undang di Malaysia. Kaedah kajian kepustakaan digunakan bagi pengumpulan data untuk dianalisis mengikut metode analisis kandungan. Hasil penulisan menunjukkan bahawa pandangan hukum syarak telah menggariskan beberapa kaedah pengislaman kanak-kanak berpandukan tahap kelayakan yang ditetapkan. Peruntukan undang-undang di Malaysia pula telah yang menetapkan syarat persetujuan ibu bapa bagi mengesahkan pengislaman individu bawah umur 18 tahun.

Publisher

Dewan Bahasa dan Pustaka

Reference31 articles.

1. Abdullah Basmeih. (1998). Tafsir pimpinan al-Rahman kepada pengertian al-Quran. Dar al-Fikr.

2. Abu Dawud, Sulaiman bin al-Asy’at Al-Syajestani. (2009). Sunan Abi Dawud Tahqiqi Shuaib al-Arnaaut (Jil 6).Dar ar-Risalah al-Ilmiah.

3. Abu Zakariya Muhyiddin bin Sharaf. (1991). Raudhatul Talibin wa Umdatun Muftin Tahqiq: al-Shawish Zahir, Jil. 5. Maktabah Islamiy.

4. Abdul Karim Zaidan. (2000). al-Mufassal fi Ahkam al-Mar ‘ah wa Bait al-Muslim fi al-SyarCah al-Islamiyyah (Juz. 9). Muassasah al-Risalah.

5. al-Asqalani, Ibnu Hajar, Ahmad bin Ali. (1379). Fathu al-Bari Sharh Soheh Bukhari (Jil. 3). Darul Ma’rifah.

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3