Affiliation:
1. Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya
Abstract
Manuskrip ini menumpukan perbincangan tentang kajian historiografi darurat di Tanah Melayu dari tahun 1948 hingga tahun 1960 yang mempunyai kaitan dengan Amerika Syarikat. Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis kajian terdahulu tentang darurat di Tanah Melayu dengan menumpukan soal penglibatan Amerika Syarikat dalam konflik ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Penekanan terhadap perkara ini adalah untuk menunjukkan bahawa Amerika Syarikat turut mempunyai kaitan dengan darurat kerana lazimnya perhatian hanya diberikan kepada British yang merupakan watak utama dalam konflik di Tanah Melayu. Tanpa mengetepikan pihak British di Tanah Melayu ketika darurat, kajian historiografi ini turut menyentuh kedudukan imperialis itu, di samping Negara Komanwel lain sepanjang peristiwa itu berlangsung. Kaedah kualitatif digunakan dalam kajian ini menerusi analisis terhadap kajian darurat sejauh yang dapat ditanggapi. Kajian yang berbentuk tesis, buku, kertas kerja dan artikel jurnal telah dianalisis untuk menghasilkan perbincangan yang lebih objektif. Berdasarkan hasil kajian, dapat disimpulkan bahawa historiografi darurat di Tanah Melayu yang mempunyai kaitan dengan Amerika Syarikat sememangnya mengandungi signifikan yang tersendiri dalam pembuktian penglibatan kuasa besar itu baik secara langsung atau tidak langsung dalam konflik 12 tahun tersebut.
Reference49 articles.
1. ldrich, R. J. (2001). The hidden hand: Britain, America, and cold war secret intelligence. The Overlook Press.
2. Arditti, R. C. (2015). “Our achilles” heel’-interagency intelligence during the Malayan emergency [Disertasi Kedoktoran]. Brunel Centre for Intelligence and Security Studies, Brunel University.
3. Azharudin Mohamed Dali (2014). Sejarah perisikan di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Azmi Arifin (2019). Darurat atau “perang kolonial†1948 di Tanah Melayu: Satu perbahasan berdasarkan beberapa aliran pemikiran dan perspektif. KEMANUSIAAN: The Asian Journal of Humanities, 26(2).
5. Benvenuti, A. (2017). Cold war and decolonisation: Australia's policy towards Britain's end of empire in Southeast Asia. National University of Singapore.