Affiliation:
1. Fakulti Pendidikan, Kolej Islam Syeikh Daud al-Fathani (KISDA), Yala, Thailand.
Abstract
Tulisan Jawi merupakan medium utama penggunaan tulisan untuk bahasa Melayu di Selatan Thailand, iaitu Yala, Pattani, Narathiwat, Satun dan beberapa daerah di wilayah Songkhla yang mana dahulunya adalah milik Kesultanan Melayu Patani dan Kedah-Perlis sebelum menjadi sebahagian daripada wilayah negara Thailand berasaskan Perjanjian Bangkok 1909 (Anglo-Siamese 1909). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Selatan Thailand terhadap tulisan Jawi. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif sebagai medium pengumpulan data menggunakan reka bentuk kajian tinjauan melalui teknik soal selidik dengan melibatkan 30 orang pelajar IPT yang sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah pertama di Kolej Islam Syeikh Daud al-Fathani (KISDA), Yala, Selatan Thailand. Data yang diperoleh melalui borang soal selidik dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar IPT mempunyai persepsi positif terhadap tulisan Jawi. Kebolehan menggunakan tulisan Jawi adalah penting sebagai lambang identiti Melayu Pataniyang mencatatkan persepsi yang sangat tinggi. Kajian ini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran tentang pentingnya tulisan Jawi dalam kalangan generasi muda Melayu dan juga sebagai lambang jati diri bangsa Melayu Patani.
Reference23 articles.
1. Abd Jalil Borham. (2012, 18 Oktober). Tulisan Jawi: Tulisan Serantau. [Seminar]. Seminar Jawi dan Teknologi Peringkat Kebangsaan. Dewan Astaka, Universiti Malaysia Pahang.
2. Ahmad Fathy al-Fatani. (2012). Dilema basa Yawi di Selatan Thai: Antara kesetiaan bahasa dan cabaran semasa. Jurnal Melayu, 9, 99-112.
3. Aminnudin Saimon& Nur Hidayah Takma. (2023). Persepsi mahasiswa Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan, UIAM terhadap tulisan Jawi. LSP International Journal, 10(1), 103–122.
4. Azrulhizam Shapii, Zainal Rasyid Mahayuddin & Sabarina Othman. (2020). Jom Jawi: Meningkat penguasaan bahasa Jawi di kalangan murid sekolah rendah mengguna media interaktif. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(3), 212–230.
5. Berhanundin Abdullah, Zainab Abdullah, Zurita Mohd Yusoff & Najmiah Omar. (2012). Sejarah penulisan Jawi di Terengganu sebelum 1957. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 5, 13–25.