Affiliation:
1. Bahagian Pengajian Penterjemahan dan Interpretasi, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,Universiti Sains Malaysia
Abstract
Artikel ini membincangkan penterjemahan mainan kata dalam teks iklan bahasa Cina kepada bahasa Melayu berdasarkan kaedah penterjemahan mainan kata yang dikemukakan oleh Delabastita (1996). Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti prosedur penterjemahan yang diaplikasikan dalam terjemahan mainan kata dalam teks iklan daripada bahasa Cina kepada bahasa Melayu. Empat iklan yang mempunyai mainan kata dipilih sebagai teks sumber kajian. Kajian ini berdasarkan pendekatan retorik dalam pengiklanan, penterjemahan makna dan prosedur penterjemahan oleh Delabastita. Perbincangan juga dipandu oleh tiga persoalan kajian, iaitu, apakah elemen retorik dalam konteks iklan yang dikaji? Bagaimanakah makna mainan kata diterjemahkan dalam iklan? Apakah prosedur penterjemahan yang digunakan untuk menterjemahkan mainan kata dalam iklan bahasa Cina-bahasa Melayu? Dapatan kajian menunjukkan bahawa tiga prosedur penterjemahan yang dikemukakan oleh Delabastita (1996), iaitu prosedur “mainan kata dalam teks sumber diterjemahkan kepada mainan kata dalam teks sasaran”, “mainan kata diterjemahkan kepada bukan mainan kata” dan “mainan kata dijelmakan sebagai elemen berkaitan dengan retorik” yang boleh digunakan untuk menterjemahkan mainan kata dalam iklan daripada bahasa Cina kepada bahasa Melayu. Selain itu, prosedur pengguguran dan adaptasi turut diperlukan bagi membolehkan imej tabu ditiadakan dalam terjemahan. Namun begitu, adaptasi dapat digunakan untuk menggantikan makna yang didukung oleh lambang yang bersifat tabu tersebut.
Reference22 articles.
1. AdmangoChina. (2015). Jun Ji-hyun jieti Xiao S chengwei Mengniu You Yi C xin nüshen. Diakses daripada http://www.admangochina.com/2015/03/150327yoyic/ [11 Februari 2017].
2. Brierley, S.(1995). The Advertising Handbook. London & New York: Routledge.
3. Chen, S. K. (2012). Strategi penterjemahan mainan kata dari bahasa Inggeris ke bahasa Cina dalam Alice's Adventures In Wonderland (Tesis MA tidak diterbitkan). Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.
4. Delabastita, D. (Ed.). (1996). Wordplay and translation. London & New York: Routledge.
5. Gulas, C., & Weinberger, M. G. (2010). That's not funny here: Humorous advertising across boundaries. In D. Chiaro (Ed.), Translation, humour and the media. London & New York: Continuum International Publishing Group.