Analisis Proses I'lal Dalam Perkataan Bahasa Arab Sebelum Dipinjamkan kepada Bahasa Melayu

Author:

Almuddin Azhani1,Lokman Muhammad Noor Aidil2,Abd Rahman Mohd Zaki3,Kassin Tajul Aripin4

Affiliation:

1. Fakulti Bahasa dan Linguistik,Universiti Malaya

2. Pusat Bahasa,Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs)

3. Fakulti Bahasa dan Linguistik,Universiti Malay

4. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia

Abstract

Artikel ini menganalisis dan mentafsirkan perubahan bunyi yang terdapat dalam perkataan bahasa Arab sebelum dipinjamkan dalam bahasa Melayu, perubahan bunyi tersebut dalam kajian Arab secara khusus dikenali sebagai prosesiʻlal. Sesuatu kajian yang mengkhususkan aspek etimologi yang memerlukan rujukan terhadap kamus Arab tentang asal kata dan kata akar sebelum terlaksananya proses iʻlaldalam bahasa sumber. Pencarian sesuatu perkataan dalam kamus Arab berdasarkan kata akarnya dan bukannya berdasarkan representasi fonetik kata secara langsung. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mendedahkan kepada pengguna bahasa Melayu tentang asal usul perkataan yang melibatkan proses iʻlal dalam kata bahasa Arab sebelum dipinjamkan ke dalam bahasa Melayu. Kajian ini memanfaatkan data sekunder yang diperoleh daripada kamus Mu‘jam Mufradat al-Ibdal wa al-iʻlal fi al-Quran al-Karim dan korpus DBP. Kerangka teoretis fonologi mora digunakan bagi menjelaskan proses fonologi daripada input kepada representasi fonetik. Perubahan bunyi daripada input kepada output dilaksanakan melalui pemanjangan kompensatori hasil daripada pelaksanaan pengguguran, penyukuan semula, pemanjangan dan penyahhubungan, walau bagaimanapun, kajian ini dihadkan penelitiannya kepada aspek pemanjangan sahaja.

Publisher

Dewan Bahasa dan Pustaka

Subject

General Medicine

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3