Perau Bangkong sebagai Alat Perang Iban: Satu Analisis Material Budaya

Author:

Kiyai @ Keai Gregory1,Tugang Noria2

Affiliation:

1. City Graduate school, City University Malaysia, 46100 Petaling Jaya Malaysia.

2. Fakulti seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia sarawak, 94300 Kota samarahan, Sarawak

Abstract

Masyarakat Iban di Sarawak secara fitrahnya merupakan masyarakat agrarian dan tidak mengamalkan budaya maritim dalam corak kehidupan mereka. namun begitu, pengaruh amalan ngayau yang dilakukan secara turun-temurun telah menjadikan mereka menguasai lautan menggunakan perau bangkong dalam melakukan ekspedisi perang. Perau bangkong ialah simbol keberanian dan identiti budaya dalam masyarakat iban. Peperangan yang berlaku dalam kalangan etnik iban, atau dengan kumpulan etnik yang lain seperti etnik Melayu, Bidayuh, Urang Ulu dan tentera Brooke sehinggalah ke penempatan masyarakat Dayak dan Banjar di Kalimantan telah menjadikan perau bangkong menjadi terkenal dan ditakuti di Pulau Borneo pada ketika itu. Objektif kajian adalah untuk memberi kefahaman dan pengetahuan tentang kebudayaan perau bangkong. Penyelidikan ini adalah berbentuk etnografi yang menggunakan kaedah kualitatif dalam pengumpulan datanya. Dapatan kajian mendapati bahawa perau bangkong mempunyai sejarah yang signifikan dalam legasi sejarah masyarakat iban di sarawak. Walaupun, kini masyarakat iban tidak mengamalkan adat ngayau namun cerita dan inspirasi dalam perjuangan perau bangkong mempunyai semangat dalam pembentukan jati diri masyarakat tersebut dalam kebudayaan dan kesenian nenek moyang mereka. Signifikan penyelidikan ini dapat mengarkibkan dan membentuk kefahaman melalui objek budaya perau bangkong serta meraikan kepelbagaian dalam kebersamaan budaya rakyat Malaysia.

Publisher

Dewan Bahasa dan Pustaka

Subject

General Computer Science

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3