Reti Bahasa dan Potensi Keilmuannya

Author:

Hasrah Mohd Tarmizi1

Affiliation:

1. Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM, Sintok, Kedah, Malaysia

Abstract

Membangunkan kerangka keilmuan dalam acuan watan memerlukan perumusan yang bersifat konseptual terhadap sesuatu istilah penting. Rumusan konseptual ini dipasak pula dengan teras atau prinsip yang mengandungi natijah falsafah, teori dan tatakaedah agar istilah yang diangkat itu berdaya menjadi tunjang dalam atur cara penyelidikan sesuatu bidang ilmu. Makalah ini berhasrat membangunkan satu konsep yang sedemikian khusus untuk ilmu linguistik bahasa Melayu. Maka, istilah reti bahasa dicadangkan bagi mencapai hasrat ini. Analisis bermula dengan membahaskan reti bahasa menurut pemikiran Hassan Ahmad (2016) yang menggunakan istilah tahu bahasa. Makna tahu bahasa ini dikupas, dan alasan turut diberikan untuk menggantikannya dengan reti bahasa. Istilah reti bahasakemudiannya dibahaskan menurut perspektif etimologi, sejarah dan sosiologi bagi menyerlahkan maknanya yang asli. Daripada makna asli ini diterbitkan pula empat teras utamanya, iaitu tatabahasa, tataberbahasa, tatalaku dan tatafikir. Bukti keberadaan keempat-empat teras ini dikaitkan dengan karya oleh para penahu watan yang tidak sekadar memerikan sistem dan struktur linguistik bahasa Melayu, tetapi secara tersirat turut menjelmakan natijah kesempurnaan sistem dan struktur itu kepada pembentukan pertimbangan dan keperibadian penuturnya. Makalah turut membuat penegasan bahawa konsep reti bahasa berkemungkinan besar berdaya menjadi bukti kewujudan warisan keilmuan linguistik bahasa Melayu yang asli.

Publisher

Dewan Bahasa dan Pustaka

Subject

General Computer Science

Reference41 articles.

1. Adnan Nawang. (2009). Za‘ba dan Melayu. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

2. al-Attas, Syed Muhammad Naquib. (1976). Pendita Za‘ba: Suatu penghormatan. Dlm. Esei-esei penghormatan kepada Pendita Za‘ba. Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Malaysia.

3. al-Attas, Syed Muhammad Naquib. (2005). Islam and secularism. International Islamic Thoughts and Civilisation (ISTAC).

4. Baghramian, Maria & J. Adam Carter. (2022). Relativism. Dlm. Edward N. Zalta (Ed.), The Stanford Encyclopedia of Philosophy (Spring 2022 Edition), URL = https://plato.stanford.edu/archives/spr2022/entries/relativism/. Diakses pada 16 Mac 2023.

5. Collins, J. T., & Schmidt, H. (1992). Bahasa Melayu di Pulau Ternate: Maklumat tahun 1599. Jurnal Dewan Bahasa, 292‒327.

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3