Affiliation:
1. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract
Artikel ini bertujuan untuk menentukan kedudukan negeri naungan sebagai jajahan dalam empayar British. isu negeri naungan menjadi polemik dalam kalangan sarjana bagi menentukan kedudukan Tanah Melayu ketika era penjajahan British. Berdasarkan tafsiran secara literal terhadap istilah negeri naungan, sesetengah pihak mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah. namun begitu, apakah konsep atau sistem sebenar negeri naungan menurut sudut pandang kolonial British? Kaedah kajian sejarah digunakan untuk mengumpul sumber primer daripada Arkib negara Malaysia, Arkib negara United Kingdom dan Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia. Dokumen Pejabat Tanah Jajahan siri CO 717, CO 273, CO 576 dan FCO 141 antara tahun 1920-an dan 1930-an merupakan sumber utama yang digunakan bagi menjawab persoalan kajian yang dinyatakan. Melalui sumber British tersebut, artikel ini memformulasikan kedudukan sebenar negeri naungan dan Tanah Melayu dalam empayar British. Hasil kajian mendapati, sebagai negeri naungan, Tanah Melayu merupakan jajahan dalam empayar British. namun begitu, British hanya mempunyai bidang kuasa tertentu seperti yang termaktub dalam perjanjiannya dengan Raja-Raja Melayu. British hanya mengiktiraf kekebalan Raja-Raja Melayu daripada tindakan mahkamah, manakala daulat pentadbiran dan perundangan berada di bawah bidang kuasa kerajaan British melalui Pejabat Tanah Jajahan. Walaupun undang-undang imperial tidak terpakai secara langsung di Tanah Melayu, British menggunakan majlis perundangan untuk mengabsahkan pelaksanaannya.