Affiliation:
1. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract
Pemilihan lakuan komunikasi berkait rapat dengan pemikiran, nilai dan kepercayaan dalam sesuatu masyarakat. Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan strategi penolakan ajakan yang digunakan oleh penutur asli bahasa Melayu (MNS) dan penutur asli bahasa Jepun (JNS) terhadap dua situasi yang berlainan, iaitu “membeli-belah” dan “mengadakan parti”. Kaedah pengutipan data yang diterapkan dalam kajian ini ialah kaedah lakonan terbuka menerusi perkhidmatan rangkaian sosial dengan melibatkan 20 orang informan bagi setiap kumpulan MNS dan JNS. Kajian ini membuat perbandingan terhadap kekerapan penggunaan formula semantik dalam kedua-dua konteks bahasa ibunda mahupun konteks antara budaya. Hasil kajian menunjukkan bahawa MNS lebih menitikberatkan “kesantunan positif”, manakala JNS lebih mementingkan “kesantunan negatif” bagi kedua-dua situasi dalam konteks bahasa ibunda apabila “niat penolakan” dikemukakan. Sementara itu, bagi penolakan untuk “mengadakan parti” dalam konteks bahasa ibunda, MNS menunjukkan “minat” secara tidak langsung dengan kerap menggunakan “kata seru positif”, manakala JNS menunjukkan “minat” secara lebih eksplisit dengan kerap menyatakan {reaksi positif} dan {kesedihan}. Bagi konteks antara budaya pula, pendekatan MNS telah berubah untuk menitikberatkan “kesantunan negatif” serta menunjukkan “minat” secara terus terang mengikut norma dalam bahasa sasaran. Kajian ini telah menonjolkan pengaruh “situasi” serta daya keterbukaan dalam kalangan MNS yang mengelakkan konflik.
Reference26 articles.
1. Awang, S., Maros, M., & Ibrahim, N. (2012). Malay values in intercultural communication. International Journal of Social Science and Humanity, 2(3), 201-205.
2. Embassy of Japan in Malaysia. (2021, April 5). The Malaysian Look East Policy. Retrieved from https://www.my.emb-japan.go.jp/English/JIS/education/LEP.htm
3. Fujimori, H. (1995). The forms of explanation markers and their pragmatic functions: In the case of Chinese and Korean students of Japanese. Journal of Japanese Language Teaching, 87, 79-90.
4. Hieda, N. (2019). Nihongo kyoukasho no kanyuu bamen ni okeru mareego bogowasha no gengo koudou: Nihongo bogowasha ga mainasu hyouka o kudasu koumoku o chuushin ni (Perlakuan linguistik oleh penutur asli bahasa Melayu terhadap situasi ajakan dalam buku teks bahasa Jepun: Fokus kepada perlakuan yang dinilai negatif oleh penutur asli bahasa Jepun). Kaigai Nihongo Kyouiku Kenkyuu, 8, 1-15.
5. Hieda, N., Nor Hashimah Jalaluddin, & Mohammad Fadzeli Jaafar. (2021). Penolakan ajakan dalam bahasa Jepun oleh informan Melayu: Analisis strategi dan kesan kesantunan. GEMA Online® Journal of Language Studies, 21(1), 148-165.