Affiliation:
1. Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia
Abstract
Pengaruh aspek budaya Arab dalam perubatan Melayu mencerminkan sebuah dinamisme interaksi budaya yang telah membentuk landskap perubatan tradisional Melayu. Proses ini dapat difahami dengan melihat pada perdagangan antara negeri-negeri Melayu dengan pelabuhan di tanah Arab. Budaya Arab memiliki dampak signifikan terhadap kosmologi, terminologi, terapi dan farmakologi dalam perubatan Melayu. Dengan kata lain, hingga kini, unsur budaya Arab menjadi faktor utama dalam perkembangan perubatan Melayu. Penulisan ini untuk mengenal pasti dan menganalisis penerapan pengaruh Arab dalam manuskrip perubatan tradisional Melayu sebagai suatu dinamisme interaksi budaya, manakala metodologi kajian yang digunakan ialah kaedah kepustakaan dan analisis teks, dengan menggunakan manuskrip perubatan tradisional Melayu terpilih sebagai sumber utama. Hasil penelitian menemukan tiga aspek kunci interaksi budaya Arab dalam perubatan Melayu, termasuk penggunaan huruf Jawi Arab-Melayu, pemilihan hari dan waktu serta integrasi ayat al-Qur’an dalam konteks perubatan. Penelitian ini diharapkan dapat memberikan pemahaman yang komprehensif dan menjadi sumber rujukan bagi pengkaji dalam bidang perubatan tradisional dan moden. Penulisan ini juga turut berusaha memberikan wawasan mengenai kepentingan budaya Arab dalam pembentukan identiti perubatan Melayu selain menekankan kesan positif daripada proses asimilasi budaya Arab dalam memperkukuh dan mempererat hubungan antara kebudayaan Melayu dengan Arab.
Reference29 articles.
1. ‘Arba’iyah Mohd Noor. (2011). Menyorot kepengarangan Misa Melayu. Dlm. Abdullah Zakaria Ghazali & Mohd Radzi Hj. Ahmad (Pnyt.). Perak: Warisan, budaya & sejarah. 220–244. Persatuan Muzium Malaysia.
2. Abdul Rashid Melebek & Amat Juhari Moain. (2005). Sejarah bahasa Melayu. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
3. Abdul Razak Abdul Karim. (2003, 23-24 Ogos). Kitab perubatan Mujarrabat: Khasiat ayat-ayat al-Quran dan rawatan tradisional. [Seminar]. Seminar dan Pameran Perubatan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Kuala Lumpur.
4. Ali Abdullah al Difa. (2015). Kedudukan perubatan Arab di dunia barat: Suatu analisis sejarah dan kepakaran. Jurnal Ilmu Kefarmasian Indonesia, 13(2), 83–92.
5. Al-Bukhari, Muhammad ibn Ismail. Sahih al-Bukhari.t.t.