Mat Salleh sebagai Tokoh Perpaduan Sabah dalam Novel Tibabar: Benteng Terakhir Panglima Mat Salleh Berdasarkan Perspektif Historisisme Baru

Author:

Mohamad Zaki Muhammad Zahid1,Ismail Hashim1,Mamat @ Mustaffa Madiawati1

Affiliation:

1. Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis aspek ketokohan Mat Salleh sebagai tokoh perpaduan Sabah dan mengangkat nilai Islam yang dibawa dalam perjuangan Mat Salleh dalam novel sejarah, Tibabar: Benteng Terakhir Panglima Mat Salleh (2013) karya Roziah Adama. Kajian ini dijalankan berdasarkan sorotan literatur yang mendapati bahawa wujud perubahan persepsi masyarakat terhadap perjuangan Datu Paduka Mat Salleh jika diteliti sebelum dan sesudah Sabah mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia. Lantaran itu, pemaknaan baharu watak Mat Salleh sebagai tokoh pembebasan Sabah dalam novel ini wajar diberikan perhatian oleh pengkaji sejarah khususnya dalam melihat dimensi perubahan pemikiran masyarakat yang tidak lagi menganggap Mat Salleh sebagai pemberontak. Sebagai salah satu daripada bentuk karya sastera, setiap novel yang baik mengandungi elemen politik dan sejarah yang disepadukan melalui penceritaan yang memberikan pengetahuan baru, keseronokan dan menyembunyikan idealisme pengarang terhadap sesuatu isu yang diketengahkan dalam karya. Maka, kajian ini memanfaatkan gagasan teori Historisisme Baru yang dikemukakan oleh Stephen Greenblatt (1988) sebagai kerangka analisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa usaha pemaknaan baharu dilakukan secara sedar dalam karya ini demi mengangkat Panglima Mat Salleh sebagai wira serta menolak wacana kolonial yang menyifatkan Mat Salleh sebagai penjenayah atau pemberontak. Dapatan kajian ini turut menunjukkan bahawa Mat Salleh merupakan tokoh yang menyatupadukan masyarakat Sabah serta membawa agama Islam sebagai dasar perjuangannya.

Publisher

Dewan Bahasa dan Pustaka

Reference34 articles.

1. BNBH. (1898, 16 April). The attack on Ranau fort. The North Borneo Herald.

2. Abdul Halim Ali. (2011). Sajak “Pulang Si Tenggang” dalam perspektif historisisme Bard: The Poem of “Si Tenggang Homecoming” from the new historicism’s perspective. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 22(1), 1–17. https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9647

3. Black, I. (1983). A gambling style of government, the establishment of the chartered company’s rule in Sabah, 1878-1915. Oxford University Press.

4. Bressler, E. C. (1999). Literary criticism: An introduction to theory and practice. Prentice-Hall, Inc.

5. Buyong Adil. (1981). Sejarah Sabah. Dewan Bahasa dan Pustaka.

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3