Affiliation:
1. Fakulti Bahasa dan Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan, Malaysi
Abstract
Seni penulisan lirik lagu merupakan satu anugerah istimewa yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada individu tertentu melalui bakat dan kebolehan yang mengagumkan. Dalam hal ini, cetusan idea dan ilham ini telah digunakan sepenuhnya untuk menghasilkan karya-karya yang berprestij. Unsur ketuhanan dalam lirik lagu selain daripada genre nasyid merupakan komposisi penting untuk dibincangkan. Hal ini adalah kerana kebanyakan lirik lagu berunsur ketuhanan didominasi oleh lagu nasyid. Sehubungan dengan itu, kajian ini meneliti 12 lirik lagu hasil karya penulis lirik tempatan dan Indonesia dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan. Kajian ini mengkaji unsur ketuhanan yang terdapat dalam lirik lagu selain daripada genre nasyid dengan mengemukakan tujuh prinsip teori takmilah, iaitu ketuhanan di bawah konsep hubungan manusia dengan Allah, sementara kerasulan, keislaman, keilmuan, karya, pengkarya dan khalayak adalah di bawah konsep hubungan manusia dengan manusia. Hasil kajian mendapati bahawa ketujuh-tujuh prinsip teori takmilah menepati kriteria 12 lirik lagu yang dikaji dan wujud hubungan yang signifikan antara 12 buah lirik lagu tersebut dengan ketujuh-tujuh prinsip teori takmilah, iaitu prinsip ketuhanan yang bersifat “Kamal” (sempurna), prinsip kerasulan sebagai insan “Kamil” (sempurna), prinsip keislaman yang bersifat “Akmal” (sempurna), prinsip ilmu dengan sastera yang bersifat “Takmilah” (menyempurnakan), prinsip sastera sendiri yang berciri estetik dan bersifat “Takmilah” (sempurna dan menyempurnakan), prinsip pada pengkarya yang seharusnya mengistikmalkan diri (menyempurnakan) dan prinsip khalayak bertujuan memupuk mereka ke arah insan “Kamil” (sempurna).
Reference38 articles.
1. A. Wahab Ali. (2000). Kritikan estetik sastera. Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Aan. (1979). Cinta Melankolia [Video]. Youtube. https://www.youtube.com/watch?v=Z4b-trVuZ-s&ab_channel=vilirik
3. Afghan. (2009). Pada-Mu ku bersujud [Video]. Youtube. https://www.youtube.com/watch?v=JVZteytrEls&ab_channel=wannabmusicprod
4. Ahmad Jais. (1979). Takwa dan iman [Video]. Youtube. https://www.youtube.com/watch?v=HIOaSr27Zm0&ab_channel=AzmiAhmad
5. Ahmad Sahlan Abdul Hatim & Mohd Nizam Sahad. (2020). Nasyid sebagai wasilah dakwah dalam kalangan masyarakat kontemporari. Jurnal Penyelidikan dan Inovasi, 7(2), 94–108. https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/50