Affiliation:
1. Pusat Penyelidikan Kelestarian Sains Bahasa,Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract
Makalah ini akan membincangkan kata soal yang berfokuskan kata soal terbuka, iaitu brapa dalam dialek Perlis dengan menggunakan pendekatan kerangka program minimalis. Data yang dianalisis dalam artikel ini diambil daripada kajian lapangan yang dilakukan di kawasan negeri Perlis. Data tersebut diperoleh dengan cara merakamkan perbualan informan yang menuturkan dialek Perlis. Penulis telah menggunakan dua kaedah kajian, iaitu kaedah kepustakaan dan lapangan. Penulis menggunakan kaedah pustaka untuk mengumpulkan maklumat yang berkaitan kata soal, dan kaedah lapangan digunakan untuk mendapatkan data di kawasan lapangan. Kawasan yang dijadikan kawasan lapangan meliputi semua daerah yang terdapat dalam sempadan politik negeri Perlis. Setiap daerah dibahagikan mengikut petak-petak yang mempunyai skala 5km: 1cm untuk satu petak yang meliputi kawasan di utara, selatan, timur dan barat. Data yang telah dikumpulkan itu dicerakinkan dan dianalisis dengan menggunakan program minimalis. Kata soal yang bersifat in-situ ataupun bergerak dikaitkan dengan fitur yang dimiliki oleh kata soal brapa itu sendiri dan juga fitur OP yang telah menghalang pergerakannya. Hasilnya, kata soal brapa dalam dialek Perlis bersifat bergerak dan in situ apabila dikaitkan dengan kedudukan dan kehadiran OP pada posisi Spek FKOMP. Analisis teoritikal membuktikan bahawa penutur natif dialek Perlis mempunyai kata soal terbuka yang mempunyai kedua-dua sifat in situ dan bergerak.
Reference22 articles.
1. Adger, D. (2003). Core syntax: A minimalist approach. New York: Oxford University Press.
2. Asmah Haji Omar. (2008). Nahu kemas kini. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Ayatrohaedi. (1979). Dialektologi: Sebuah pengantar. Jakarta: Pusat Pembinaan dan Perkembangan Bahasa.
4. Chomsky, N. (1995). The minimalist program. London, England: The MIT Press.
5. Denham, K. (2000). Optional wh-movement in Babine-Witsuwit'en? Nertherlands: Kluwer Academic Publishers.