Author:
Abdul Latib Mohamad Fauzi,Zaik Fauzana
Abstract
Abstract: Various approaches have been carried out by the Malaysian Prisons Department as an institution specifically responsible for the rehabilitation of prisoners to assist in rebuilding themselves so that they can play a role in society again whether as husband, wife, father, mother, child, employee and others. Among the approaches that have been introduced by the Malaysian Prisons Department is the Parole System which plays an important role in ensuring that prisoners who are released on parole can return to society as a useful person. The main objective of this research is to identify the key elements to the effectiveness of the implementation of the Parole System in dealing with the phenomenon of recidivism among Parolees (ODP). This research is a qualitative research that uses a case study approach through in-depth interviews. This research was conducted in two Terengganu District Parole Offices, namely the Kuala Terengganu District Parole Office and the Hulu Terengganu District Parole Office. This research involved in-depth interviews with 13 parolees (ODP) as research respondents. Sample selection was done through purposive sampling techniques and the data obtained was analyzed using thematic analysis. The research results found that there are 4 main elements to the effectiveness of the implementation of the Parole System in dealing with the phenomenon of recidivism among OPDs, namely, the implementation of regular urine tests, monitoring, moral support from parole officers and drug prevention education programs.
Keywords: Elements of Effectiveness; Parole System; Recidivism Phenomenon; Paroled Persons
Abstrak: Pelbagai pendekatan telah dilakukan oleh Jabatan Penjara Malaysia sebagai institusi bertanggungjawab secara khusus dalam pemulihan banduan untuk membantu dalam membina kembali diri mereka agar dapat berperanan semula dalam masyarakat sama ada sebagai suami, isteri, ayah, ibu, anak, pekerja dan lain-lain. Antara pendekatan yang telah diperkenalkan oleh pihak Jabatan Penjara Malaysia iaitu Sistem Parol yang memainkan peranan penting dalam memastikan banduan yang dibebaskan secara parol dapat kembali ke pangkuan masyarakat sebagai seseorang yang berguna. Objektif utama penyelidikan ini adalah mengenal pasti elemen utama kepada keberkesanan perlaksanaan Sistem Parol dalam menangani fenomena residivisme dalam kalangan Orang yang DiParol (ODP). Penyelidikan ini merupakan penyelidikan kualitatif yang menggunakan pendekatan kajian kes melalui kaedah temu bual mendalam. Penyelidikan ini telah dijalankan di dua buah Pejabat Parol Daerah Negeri Terengganu iaitu Pejabat Parol Daerah Kuala Terengganu dan Pejabat Parol Daerah Hulu Terengganu. Penyelidikan ini melibatkan temu bual mendalam terhadap 13 orang yang diparol (ODP) sebagai responden penyelidikan. Pemilihan sampel dilakukan melalui teknik persampelan bertujuan dan data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan analisis tematik. Hasil penyelidikan mendapati bahawa terdapat 4 elemen utama kepada keberkesanan perlaksanaan Sistem Parol dalam menangani fenomena residivisme dalam kalangan OPD iaitu, perlaksanaan ujian air kencing secara berkala, pemantauan, sokongan moral dari pegawai parol dan program pendidikan pencegahan dadah.
Kata kunci: Elemen Keberkesanan; Sistem Parol; Fenomena Residivisme; Orang yang DiParol
Publisher
Universiti Sultan Zainal Abidin
Cited by
2 articles.
订阅此论文施引文献
订阅此论文施引文献,注册后可以免费订阅5篇论文的施引文献,订阅后可以查看论文全部施引文献