Abstract
Kajian ini membincangkan mengenai kualiti guru dan kecenderungan minat pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab pelajar Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI). Kualiti guru merupakan perkara yang menjadi ukuran dalam diri seorang guru. Guru yang berkualiti mampu menghasilkan pengajaran yang mampu menarik minat pelajar dalam mempelajari bahasa Arab. Minat individu dapat dipupuk oleh guru melalui aktivti-aktivti pembelajaran yang dijalankan. Kajian ini melibatkan 105 daripada 300 orang pelajar Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) di Kuala Muda. Kajian dilakukan di dua buah SRITI di daerah Kuala Muda iaitu SRITI Ruhul Mannan dan SRITI Zubaidiyah. Responden terdiri daripada pelajar tahap dua iaitu tahun 4, 5 dan 6. Reka bentuk kajian melibatkan kajian tinjauan dan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Soal selidik telah disemak dan disahkan oleh tiga orang penilai berasingan. Kajian mendapati kualiti guru dan kecenderungan minat pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab di SRITI berada pada tahap sederhana. Kajian ini diharapkan dapat membantu guru meningkatkan kualiti mereka supaya lebih ramai pelajar berminat untuk mempelajari bahasa Arab.
Cited by
1 articles.
订阅此论文施引文献
订阅此论文施引文献,注册后可以免费订阅5篇论文的施引文献,订阅后可以查看论文全部施引文献