IKLIM SEKOLAH DAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) NEGERI KELANTAN
-
Published:2016-10-30
Issue:1
Volume:1
Page:
-
ISSN:2548-6160
-
Container-title:Proceedings of The ICECRS
-
language:
-
Short-container-title:icecrs
Author:
Mohamad Kasim Mohamad Adnan Bin,Ismail Siti Noor,Mohammad Suhaila,Ibrahim Hasliza
Abstract
Program Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) adalah satu usaha murni kerajaan untuk membantu dan memperkasakan sekolah-sekolah agama di Malaysia. Artikel ini bertujuan untuk mengetahui tahap iklim sekolah dan komitmen guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di negeri Kelantan. Artikel ini penting kerana kedua-dua variabel terlibat adalah merupakan aset utama danterkandung dalam anjakan keempat PPPM 2013-2025. Sebanyak 9 buah sekolah telah dipilih secara rawak dari 3 daerah iaitu daerah Kota Bharu, Pasir Mas, dan Tanah Merah. Seramai 217 responden terlibat dalam menjawab soal selidik yang diedarkan, dari jumlah populasi seramai 497 orang. Penganalisaan data dilakukan dengan menggunakan beberapa kaedah analisis yang terdapat dalam program Statistical Package For The Social Sciences (SPSS). Instrumen yang digunakan dalam artikel ini adalah instrumen iklim sekolah, School level environment Questionnaire (SLEQ) yang dibina oleh Johnson, Steven & Zvoch (2007) manakala instrumen komitmen guru ini telah dibuat adaptasi oleh Lei Mee, Thien, Nordin dan Ramayah (2014). Dapatan artikel ini menunjukkan tahap komitmen dan iklim sekolah berada pada tahap yang tinggi serta terdapatnya hubungan yang kuat antara iklim sekolah dengan komitmen guru SABK di negeri Kelantan. Adalah diharapkan hasil artikel ini dapat digunakan sebagai rujukan khususnya kepada para pentadbir sekolah ke arah meningkatkan pencapaian, keberkesanan pentadbiran dan pengurusan sekolah. Kualiti pentadbiran dan pengurusan sekolah perlu sentiasa dikaji, diteliti dan ditingkatkan demi merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan untuk menjadikan sistem pendidikan di Malaysia bertaraf dunia.
Funder
Universiti Utara Malaysia
Publisher
Universitas Muhammadiyah Sidoarjo
Subject
General Earth and Planetary Sciences,General Environmental Science
Reference54 articles.
1. Abdul Manaf. (1998).Faktor- faktor Yang Mempengaruhi Komitmen Guru Sekolah Rendah Terhadap Organisasi. Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia. Universiti Malaysia Sarawak
2. AziziUmar & Supyan Hussin. (2007).Konflik sekolah agama rakyat dalam
3. dasar pendidikan kebangsaan: suatu analisis awal. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Isu-isu Pendidikan Negara Kali Ke-Tiga. Anjuran
4. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi, Selangor,
5. -14 Februari.
Cited by
1 articles.
订阅此论文施引文献
订阅此论文施引文献,注册后可以免费订阅5篇论文的施引文献,订阅后可以查看论文全部施引文献