PROSODI ‘PERKHIDMATAN’ AMANAT KETUA SETIAUSAHA NEGARA

Author:

Rahman Syakirah Abdul

Abstract

Konsep ‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam’ telah diperkenalkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) ke-13 untuk diterapkan kepada lebih 1.4 juta penjawat awam di Malaysia sejak 20 Januari 2014.  Leksis ‘perkhidmatan’ acapkali disebut oleh KSN, sehingga menimbulkan suasana berkolokasi yang menunjukkan beliau ingin menyampaikan sesuatu yang sangat berguna kepada penjawat awam.  Kajian ucapan kebanyakannya berkait rapat dengan analisis wacana.Oleh itu, kajian ini cuba mengenal pasti keberadaan leksis kata kunci ‘perkhidmatan’ dalam ucapan Ketua Setiausaha Negara. Selain itu, kajian ini juga akan menginterpretasikan penggunaan kata kunci ‘perkhidmatan’ dalam ucapan KSN yang  lebih dominan berfungsi sebagai ejen penerapan enam prinsip konsep ‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam’kepada penjawat awam.  Berteraskan data yang diperoleh daripada 40 teks ucapan KSN, terdapat 640 bilangan konkordans leksis kata kunci ‘perkhidmatan’.Data jenis kata yang berkolokasi dengan leksis kata kunci pula sebanyak 1237 jenis dan  6388 jumlah bilangan keberlakuan kata. Data-data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisianAntConc. Seterusnya, pemahaman fungsi kata kunci ‘perkhidmatan’ dianalisis berpandukan teori prosodi semantik. Hasil analisis menunjukkan dalam petikan ucapan KSN, tujuan kata ‘perkhidmatan’diselitkan adalah untukmemberi panduan kepada penjawat awam agar melaksanakan tugas dengan penuh berdedikasi berlandaskan konsep ‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam’.  Sehubungan itu, keberadaan kata kunci ‘perkhidmatan’ yang berkolokasi dengan kata-kata lain telah membantu audien mengetahui amanat yang disampaikan oleh KSN ketika beliau menyampaikan setiap ucapannya.

Publisher

Universitas Muhammadiyah Sidoarjo

Subject

General Earth and Planetary Sciences,General Environmental Science

Reference28 articles.

1. Ali bin Hamsa. Ucapan ketua setiausaha negara. Capaian pada 10 November 2015, dari http://www.pmo.gov.my/ksn/home.php?frontpage/speech

2. Anthony.L. (2016). Sofware antconc. Capaian pada 10 April 2016 dari http://www.laurenceanthony.net/software.html.

3. F. R. Palmer (1989). Semantik. (Abdullah Hassan, Pentj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Karya asal diterbitkan tahun 1976).

4. Hajar Abdul Rahim. (2005). Impak konotasi budaya terhadap leksis: satu kajian semantik berasaskan korpus, ke atas perkataan perempuan dan wanita. Jurnal Bahasa, Volume 5, No. 1.

5. Hishamudin Isam & Norsimah Mat Awal. (2012). Nilai setia dari perspektif prosodi semantik: analisis berbantu data korpus. GEMA Online™ Jurnal Of Language Studies. Vol. 12 (2).

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3