Abstract
Praktis kepimpinan distributif merupakan keperluan dalam sistem pendidikan, kerana guru dan pemimpin sekolah dapat mewujudkan kerjasama dan interaksi bagi meningkatkan pencapaian pelajar. Kajian mengenai kepimpinan distibutif ini masih lagi di peringkat awal dan perlu diperbanyakkan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara kepimpinan distributif dengan komitmen guru berdasarkan kohort generasi di sekolah menengah kebangsaan. Kajian ini menggunakan seramai 298 responden yang terdiri daripada guru dan menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk tinjauan keratan rentas. Kajian ini telah menggunakan kerangka teoritikal kepimpinan distributif Spillane (2006) yang telah menghubungkan interaksi antara pemimpin, pengikut dan juga situasi. Kajian ini menggunakan instrumen Distributed Leadership Survey (DLS) oleh Davis (2009), dan juga instrumen Affective, Continuance and Normative Commitment Scales (ACNCS) yang telah dibangunkan oleh Meyer dan Allen (1997). Pemilihan responden adalah berdasarkan kepada pensampelan rawak berstrata tidak mengikut kadar dan juga persampelan bertujuan. Sebanyak tiga hipotesis telah dibina dan diuji dengan menggunakan kaedah statistik ujian korelasi Pearson, ujian-t sampel bebas dan ujian ANOVA menerusi SPSS versi 21. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan distributif dan komitmen guru terhadap organisasi. Dimensi kepimpinan pengetua dan dimensi visi sekolah didapati sangat kerap dipraktiskan di dalam kajian ini. Bagi komitmen terhadap organisasi, didapati dimensi komitmen normatif adalah yang paling tinggi. Tiada perbezaan yang signifikan dalam kepimpinan distributif dengan komitmen guru berdasarkan kohort generasi dan juga jantina guru. Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, adalah dicadangkan agar pemimpin sekolah dapat menyebarluaskan kepimpinan kepada guru di samping berkongsi visi sekolah yang jelas dan mudah difahami oleh warga sekolah, tanpa mengira jantina dan kohort generasi.
Funder
Universiti Utara Malaysia
Publisher
Universitas Muhammadiyah Sidoarjo
Subject
General Earth and Planetary Sciences,General Environmental Science
Reference71 articles.
1. Abdul Ghani Kanesan. (2009). Pengaruh kepemimpinan transformasi sekolah dan efikasi kolektif guru terhadap komitmen kualiti pengajaran. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan ke16. Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.
2. Alessia, D.A., & Regina, H. (2008). Learning orientation, organizational commitment and the talent retention across generation: A study of European managers. Journal of Managerial Psychology, 63 (8), 929-953.
3. Allen, N.J, & Meyer, J.P. (1996). Affective, continuance and normative commitment to the organization: An examination of construct validity.Journal of Vocational Behavior,49, 252-276.
4. Baharuddin Yaacob. (2009). Respective approaches in promoting distributive leadership in school. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke16. Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.
5. Bogler, R., & Somech, A. (2004). Influence of teacher empowerment on teachers’ organizational commitment, professional commitment and organizational citizenship behavior in schools. Teaching and Teacher Education. 20, 277-289.
Cited by
1 articles.
订阅此论文施引文献
订阅此论文施引文献,注册后可以免费订阅5篇论文的施引文献,订阅后可以查看论文全部施引文献
1. Teacher Leadership: Concept and Framework;International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development;2020-07-29