Author:
Che Isa Zaharah,Hj Azid Aziz Nurulwahida
Abstract
Kajian ini bertujuan menghasilkan rancangan pengajaran harian (RPH) bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan dua bagi topik reka bentuk projek yang mengandungi prinsip pembelajaran berasaskan projek berdasarkan penilaian pakar. Isi kandungan dan aktiviti pembelajaran RPH yang diubahsuai berdasarkan tiga sumber iaitu huraian sukatan pelajaran KHB tingkatan dua (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002), rubrik pembinaan RPH yang diadaptasi daripada Stevens dan Levi (2013) dan lapan prinsip pembelajaran berasaskan projek (PBL) yang diasaskan oleh pengkaji Larmer dan Mergendoller (2010). Sebanyak lima sesi rancangan pengajaran harian telah dibina dengan menerapkan lapan prinsip PBL. Proses penilaian pakar oleh pensyarah dari bidang teknik dan vokasional dan kurikulum pendidikan dari tiga universiti berbeza telah dilaksanakan. Penilaian pakar adalah berdasarkan kepada rubrik pembinaan RPH yang mengandungi tujuh konstruk untuk dinilai berdasarkan empat tahap (1=lemah, 2=perlu penambahbaikan, 3=memuaskan dan 4=cemerlang). Analisis skor dari empat pakar penilai isi menghasilkan nilai keesahan 3.21 (RPH 1), 3.25 (RPH 2), 3.29 (RPH 3), 3.29 (RPH 4), dan 3.54 (RPH 5). Pengubahsuaian dan pemurniaan RPH telah dilakukan berdasarkan komen dan cadangan dari pakar penilai bagi menghasilkan RPH terbaik dan sesuai untuk digunakan oleh guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu bagi topik reka bentuk projek.
Funder
Universiti Utara Malaysia
Publisher
Universitas Muhammadiyah Sidoarjo
Subject
General Earth and Planetary Sciences,General Environmental Science
Reference26 articles.
1. Buck Institute for Education (2008). Project based learning. The online resourcesfor PBL. Dimuat turun dari http://pbl-online.org. pada 26 Mei 2014.
2. Buck Institute for Education (2008). Project design rubrics. The online resources for PBL. Dimuat turun dari http://bie.org/object/document/project_design_rubric pada 01 Julai 2014
3. Brookfield, S. (1983). Adult Eeducation and the democratic imperative: The vision of Eduard Lindeman as a contemporary charter for adult education. Studies in Adult Education, 15, 36-46.
4. English, M. C., & Kitsantas, A. (2013). Supporting student self-regulated learning in problem and project-based learning. Interdisciplinary Journal of Problem Based Learning, 7(2), 128-150.
5. Hairiah Munip (2012, September). Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam reka bentuk pengajaran berasaskan komputer: Pengaruhnya terhadap pencapaian berdasarkan aras kognitif pelajar. Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari. Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang