HUBUNGAN ANTARA GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA DENGAN KOMITMEN GURU PJK DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH GUA MUSANG, KELANTAN

Author:

Ali Siti Nazatul Norashikin

Abstract

Kajian adalah mengenai Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Transformasi Pengetua dengan Komitmen Guru PJK di sekolah-sekolah menengah daerah Gua Musang. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji jika wujud hubungan antara kepimpinan transformasi pengetua dan komitmen guru PJK. Tambahan lagi, kajian ini juga turut mengenalpasti tahap komitmen guru PJK, perbezaan komitmen guru PJK berdasarkan jantina serta berdasarkan pengalaman mengajar  dan juga mengkaji tahap amalan gaya kepimpinan transformasi pengetua. Kajian ini menggunakan instrumen Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ) yang asalnya telah diperkenalkan oleh Avolio dan Bass (1990) dan disah uji oleh Hinkin dan Tracey (1999). Manakala instrumen Komitmen Guru PJK pula menggunakan Organizational Commitment Ouestionnaire (OCQ) atau instrumen komitmen keorganisasian oleh Allen dan Meyer (1990). Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan rentasan dan soal soal selidik piawai. Data soal selidik dianalisis menggunakan menggunakan Statistical Program for Social Science (SPSS) Version 21.0. Sampel kajian yang dipilih secara rawak ini terdiri daripada 70 orang guru yang mengajar mata pelajaran PJK dari lapan buah sekolah menengah di daerah Gua Musang. Kaedah analisis statistik deskriftif digunakan untuk menghuraikan taburan demografi responden dari segi frekuensi, peratusan dan min serta untuk mengukur tahap amalan kepimpinan transformasi pengetua dan komitmen guru PJK. Kaedah inferensi pula digunakan untuk mengguji hipotesis, Ujian-t, Anova satu hala dan Korelasi-Pearson digunakan bagi melihat perbezaan dan hubungan diantara pembolehubah gaya kepimpinan transformasi dan pembolehubah komitmen guru PJK. Hasil analisis yang dijalankan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan komitmen guru pjk mengikut jantina, serta tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi komitmen guru berdasarkan pengalaman mengajar. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara kepimpinan transformasi pengetua dengan komitmen guru PJK.

Funder

Universiti Utara Malaysia

Publisher

Universitas Muhammadiyah Sidoarjo

Subject

General Earth and Planetary Sciences,General Environmental Science

Reference38 articles.

1. Allen, N.J. dan Meyer, J.P. (1984). Testing the “Side-Bet Theory” of OrganizationalCommitment: Some Methodological Considerations. Journal of Applied Psychology, 69:372-378.

2. Allen, N.dan Meyer, J. (1990). The Measurement and Antecedents of Affective, Continuanceand Normative Commitment to Organization. Journal of Occupational Psychology, 32: 43-58.

3. Avolio, B. J., dan Bass, B. M. (1988). Transformational leadership, charisma, and beyond. Dalam Hunt, J. G. et al. (ed.). Emerging leadership vistas. Lexington, MA: Lexington Books, 11–28.

4. Abd. Main Salimon. 1993. Kepuasan kerja guru dan perkaitannya dengan latarbelakang, pengurusan kurikulum dan pengajaran. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

5. Baron, R. A., & Greenberg, J. (1990). Behavior in organizations: Understandingand managing the human side of work (3rd ed.). Boston: Allyn & Bacon

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3