Isu Kosa Kata Bahasa Arab Di Kalangan Pelajar Tahun 9 Sekolah Ugama Arab Menengah Pengiran Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (Suampripahs), Negara Brunei Darussalam: Cabaran Dan Penyelesaian.
-
Published:2022-04-13
Issue:1
Volume:1
Page:46-60
-
ISSN:2663-9769
-
Container-title:JALL | Journal of Arabic Linguistics and Literature
-
language:
-
Short-container-title:JALL
Author:
Siti Sara Haji Ahmad
Abstract
Kemahiran dan penguasaan bahasa: mendengar, membaca, menulis dan bertutur sangat bergantung kepada jumlah kosa kata yang dimiliki oleh pelajar. Bahkan hubungan kemahiran bahasa dan kosa kata sangat berkait rapat dalam memastikan keberkesanan pembelajaran bahasa. Fenomena kelemahan pelajar dalam bahasa Arab sering dikaitkan dengan kekurangan kosa kata pelajar. Pelbagai faktor dipercayai penyebab kepada isu kekurangan kosa kata tersebut. Makalah ini bertujuan mengenal pasti faktor yang menyumbang kepada isu kekurangan kosa kata di kalangan pelajar, cabaran yang dihadapi oleh pelajar dan juga cadangan penyelesaian. Pendekatan kuantitatif adalah pendekatan yang diguna pakai dalam menganalisa jawapan kaji selidik yang disasarkan kepada pelajar tahun 9 Sekolah Ugama Arab Menengah Pengiran Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMPRIPAHS), Katok, Brunei Darussalam. Makalah ini juga pada waktu yang sama turut menganalisa jawapan dalam latihan yang diberikan. Dapatan kajian mendapati bahawa isu kekurangan kosa kata dianggap isu yang cukup serius yang perlu ditangani segera. Faktor-faktor yang dikenalpasti yang menyumbang kepada isu kekurangan tersebut dipercayai dapat membantu dalam menangani cabaran dan masalah yang timbul daripada isu kekurangan kosa kata di kalangan pelajar dan ianya sekaligus dapat membantu mempertingkatkan penguasaan dan kemahiran pelajar dalam bahasa Arab.
Publisher
Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Cited by
1 articles.
订阅此论文施引文献
订阅此论文施引文献,注册后可以免费订阅5篇论文的施引文献,订阅后可以查看论文全部施引文献