Author:
Hasbullah Nurul Adilah,Ab Rahman Asmak
Abstract
Dalam usaha membendung penularan COVID-19, kerajaan Malaysia telah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada semua masyarakat. Memandangkan penguatkuasaan PKP ini mengambil masa hampir enam bulan, maka kajian ini membincangkan kesannya terhadap ekonomi rakyat. Dalam menangani kesan tersebut, pelbagai pihak yang merupakan pemegang taruh di Malaysia seperti kerajaan (termasuk kerajaan negeri), syarikat korporat, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), dan individu telah tampil dalam menghulurkan bantuan dan sumbangan yang menjadi fokus perbincangan dalam kajian ini. Kajian ini memilih beberapa institusi dan individu sebagai contoh dalam menonjolkan peranan mereka. Pemilihan ini dibuat kerana terdapat akses yang telus mengenai mereka berdasarkan carian di internet. Kajian ini dapat menyimpulkan bahawa semua pemegang taruh di Malaysia yang terlibat sama-sama berganding bahu dalam menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada mereka yang terjejas dalam tempoh PKP akibat penularan COVID-19.
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Cited by
4 articles.
订阅此论文施引文献
订阅此论文施引文献,注册后可以免费订阅5篇论文的施引文献,订阅后可以查看论文全部施引文献