KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH: FAKTOR PENYEBAB, AKTIVITI KETIKA PONTENG DAN ASPIRASI BUDAYA BELAJAR PELAJAR ORANG ASLI (School Absenteeism: Contributing Factors, Activities during Truancy and Learning Culture Aspiration among Native Pupils)

Author:

Awang Mohd Mahzan1,Khairuddin Khairul Farhah1,Ahmad Abdul Razaq1,Ab Ghani Sayuti2,Abdul Wahab Jamalul Lail1,Raja Mamat Raja Mohd Salahuddin3

Affiliation:

1. Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia

2. Universiti Pertahanan Nasional, Malaysia

3. SMK Dato’ Shahardin, Labu, Negeri Sembilan, Malaysia

Abstract

Tujuan– Salah satu masalah utama dalam pendidikan Orang Asli di seluruh negara adalah masalah ketidakhadiran ke sekolah. Justeru, kajian ini meneroka faktor-faktor yang menyumbang kepada ketidakhadiran pelajar Orang Asli ke sekolah. Adalah diandaikan bahawa kehidupan Orang Asli di luar sekolah lebih menarik minat mereka. Maka penerokaan terhadap aktiviti yang mereka lakukan ketika ponteng dilakukan. Kajian juga meneroka budaya pembelajaran yang menjadi aspirasi pelajar Orang Asli. Metodologi–  Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes menggunakan protokol temu bual ke atas pelajar Orang Asli yang kerap ponteng (n=5), ibu bapa (n=3) yang anaknya kerap ponteng sekolah, dan seorang pemimpin komuniti (Tok Batin) dari etnik Semelai di Negeri Sembilan. pelajar Analisis data menggunakan pendekatan bertema dan pengiraan terhadap peratus persetujuan Nilai Cohen Kappa menunjukkan pada tahap tinggi. Dapatan–Empat tema punca ponteng sekolah adalah sikap pelajar, pengaruh rakan sebaya, tarikan ekologi sosial, dan sikap ambil mudah ibu bapa. Enam aktiviti utama yang dilakukan ketika ponteng sekolah adalah memungut hasil hutan, memburu, membantu keluarga, tangkap ikan, bercucuk tanam dan bersosial. Hasil kajian mendapati bahawa budaya belajar yang menjadi aspirasi pelajar Orang Asli adalah pembelajaran yang bersifat praktikal dan relevan dengan cara hidup mereka. Kepentingan– Kajian ini mengadaptasi Teori Faktor Tolak-tarik berkaitan faktor penolakan (pushing factors) dan faktor penarik (pulling factors) yang amat signifikan kepada pihak sekolah untuk merekabentuk strategi menggalakkan pelajar Orang Asli hadir ke sekolah berdasarkan faktor ponteng serta aspirasi budaya pembelajaran. Hasil kajian ini bermanfaat untuk pemegang taruh pendidikan Orang Asli untuk membina satu ekosistem pembelajaran yang bersifat praktikal dan relevan dengan kehidupan Orang Asli.

Publisher

UUM Press, Universiti Utara Malaysia

Subject

Education,Developmental and Educational Psychology,Cultural Studies

Cited by 1 articles. 订阅此论文施引文献 订阅此论文施引文献,注册后可以免费订阅5篇论文的施引文献,订阅后可以查看论文全部施引文献

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3