Affiliation:
1. Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial Universiti Utara Malaysia
Abstract
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji tahap, hubungan, dan pengaruh tahap resiliensi, religiositi dan depresi dalam kalangan mahasiswa di sebuah universiti tempatan. Seramai 196 orang mahasiswa terdiri daripada 50 orang mahasiswa lelaki dan 146 mahasiswa perempuan yang majoritinya berumur antara 21 hingga 23 tahun dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Tiga instrumen digunakan iaitu The Resilience Scale (TRS) bagi mengukur resiliensi, The Muslim-Religious Personality Inventory (MRPI) digunakan untuk menilai religiositi dan Beck Depression Inventory (BDI II) digunakan untuk mengukur tahap depresi. Hasil dapatan menunjukkan majoriti mahasiswa berada pada tahap resiliensi yang sederhana. Manakala tahap religiositi responden adalah tinggi dan depresi mereka berada pada tahap rendah. Selain itu, terdapat hubungan yang signifikan antara religiositi dengan depresi dan religiositi dengan resiliensi. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa religiositi mempengaruhi depresi mahasiswa. Walau bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan bahawa resiliensi tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan depresi. Selain itu, kajian ini juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan resiliensi, religiositi dan depresi antara mahasiswa lelaki dan mahasiswa perempuan. Dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada kaunselor di Pusat Kaunseling Universiti Utara Malaysia untuk mengetahui keadaan resiliensi, religiositi dan depresi pelajar di UUM sekaligus memanfaatkan maklumat tersebut dalam perancangan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan pembangunan modal insan para pelajar.
Publisher
UUM Press, Universiti Utara Malaysia
Subject
General Earth and Planetary Sciences