Keberkesanan Aktiviti Pembelajaran Sejarah di Muzium: Satu Kajian Kes

Author:

Abdul Talib Nur Syazwani, ,Abdul Ghani Kamarulzaman,Yusuff Nur Azuki, ,

Abstract

Muzium memainkan peranan dalam pendidikan bagi membolehkan pelajar berhubung secara terus dengan koleksi dan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar selain memberi keseronokan semasa berlangsungnya pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk meneroka pandangan guru berkaitan pembelajaran Sejarah berasaskan lawatan muzium dan mengenal pasti persepsi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran Sejarah melalui lawatan muzium. Kajian ini dijalankan ke atas pelajar tingkatan empat dan guru Sejarah di Kota Bharu, Kelantan. Seramai 205 orang pelajar dijadikan responden dan tiga orang guru Sejarah dipilih berdasarkan ciri-ciri tertentu. Kajian ini menggunakan borang soal selidik kepada pelajar dan protokol temu bual dijalankan ke atas guru Sejarah. Dapatan kajian mendapati pembelajaran Sejarah di muzium memberikan keseronokan, melibatkan pelajar secara aktif, meningkatkan kefahaman dan minat pelajar terhadap Sejarah. Antara aktiviti yang sesuai dijalankan di muzium ialah menyelesaikan tugasan bersama rakan, melakukan aktiviti penerokaan untuk menyelidik dan menganalisis daripada koleksi dan menggunakan peta i-think semasa menyalin nota. Justeru, kepelbagaian aktiviti pembelajaran yang berpusatkan pelajar akan menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif pelajar. Guru perlu bijak dalam mengenal pasti kehendak dan minat pelajar bagi memastikan kaedah yang digunakan adalah bersesuaian dengan pelajar.

Publisher

Penerbit Universiti Sains Malaysia

Subject

Sociology and Political Science,History,Cultural Studies

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3