Persatuan Guru Melayu Kedah (PGMK), 1946–1956: Isu-isu Pendidikan dan Perguruan

Author:

Mohamad Noor Mohamad Muzammil,

Abstract

Makalah ini membincangkan tentang perjuangan guru-guru Melayu Kedah melalui Persatuan Guru-guru Melayu Kedah (PGMK) iaitu isu bahasa sebagai medium pendidikan serta sistem pendidikan Melayu sebelum tanah air mencapai kemerdekaan. Selain berjuang menuntut kenaikan gaji, mereka menuntut bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi di sekolah-sekolah Melayu di Kedah daripada pihak kolonial British. Berdasarkan permasalahan tersebut, objektif utama yang ingin diketengahkan dalam penulisan ini ialah isu-isu guru Melayu Kedah dalam menuntut kebajikan mereka serta pendidikan Melayu dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama diajar di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah di Tanah Melayu di samping memartabatkan bahasa Melayu di institusi. Perjuangan merubah sistem pendidikan zaman kolonial yang diperkenalkan oleh kerajaan British yang tidak sesuai diamalkan dalam sistem pendidikan tempatan. Perbincangan dalam artikel ini adalah berdasarkan kepada pendekatan sejarah iaitu sumber-sumber daripada media massa sebelum merdeka seperti akhbar Warta Negara, Majalah Guru dan The Straits Times serta penyelidikan menerusi kaedah kajian arkib dengan menganalisis dokumen-dokumen British. Penyelidikan ini menggunakan sumber primer dan sekunder yang dirujuk di arkibarkib, pejabat PGMK dan perpustakaan universiti. Hasil penulisan ini mendapati perjuangan guru-guru Melayu telah memberi impak kepada kerajaan kolonial dalam mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menangani isu-isu yang dibangkitkan iaitu memartabatkan peranan guru serta bahasa Melayu sebagai medium dalam pendidikan di sekolah. Impak kajian berjaya membuktikan bahawa guru berperanan sebagai kumpulan pendesak bagi masyarakat Melayu ke atas kerajaan kolonial yang menyebabkan berlaku beberapa perubahan dalam isu-isu tuntutan gaji, peluang pendidikan guru, kemudahan sekolah dan nasionalisme bahasa.

Publisher

Penerbit Universiti Sains Malaysia

Subject

Sociology and Political Science,History,Cultural Studies

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3