Ekstremisme dalam Kalangan Belia Berpendidikan Tinggi di Malaysia: Pengkonsepsian dan Faktor yang Mendorong

Author:

Awang Mohd Mahzan, ,Ahmad Abdul Razaq,Abdul Ghani Kamarulzaman, ,

Abstract

Kajian ini meneroka konsep ekstremisme daripada persepsi belia berpendidikan tinggi di Malaysia serta faktor-faktor yang boleh mencetuskan gejala ekstremisme dalam sesebuah negara. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kaedah gabungan yang melibatkan dua tahap kutipan data iaitu kutipan data kualitatif secara temu bual dengan enam orang pemimpin belia diikuti dengan kajian tinjauan yang melibatkan 110 orang responden belia berpendidikan tinggi. Protokol temu bual yang dibina berfokuskan kepada konsep ekstremisme dan faktor-faktor yang mendorong kepada ekstremisme. Bagi menganalisis data temu bual, pendekatan bertema telah digunakan dalam kajian ini. Dapatan analisis temu bual menunjukkan terdapat dua tema dalam konsep ekstremisme iaitu perlakuan yang berkaitan dengan sesuatu yang melampau dan keterlaluan; dan perbuatan meluah perasaan serta bertindak mengikut emosi. Terdapat empat tema utama yang menjadi faktor yang mempengaruhi perilaku ekstremis iaitu salah faham agama, ideologi yang didakwa sebahagian daripada ajaran agama, ideologi politik yang radikal, dan kegagalan mengurus perbezaan rakyat. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa persekitaran luar termasuklah persekitaran politik global dan kurangnya pengetahuan agama mempunyai potensi untuk mempengaruhi belia. Dengan kemajuan teknologi komunikasi dan maklumat, pendedahan kepada ancaman ektremisme di peringkat dunia mudah tersebar. Tema-tema daripada analisis temu bual ini dijadikan panduan untuk pembinaan instrumen soal selidik yang turut memfokuskan kepada konsep ekstremisme dan faktor-faktor yang mendorong belia terlibat dengan aktiviti ini. Analisis inferensi yang melibatkan t-test dan ANOVA satu hala dilakukan untuk melihat perbezaan berdasarkan jantina dan umur. Dapatan analisis statistik daripada tinjauan mendapati bahawa majoriti belia mempunyai tahap kefahaman yang tinggi terhadap konsep ekstremisme manakala tiga faktor utama yang mendorong belia terlibat dengan ekstremisme ialah kecenderungan melampau pada sesuatu parti politik, tertarik dengan ideologi perjuangan parti atau kumpulan dan kurangnya didikan agama. Maka, satu modul khusus untuk mengekang belia daripada terpengaruh dengan gerakan ini amat diperlukan. Di samping itu, pihak berkuasa perlu mempunyai teknologi tinggi yang canggih termasuk keupayaan mengurus data mega dalam mengesan dan mencegah penularan ideologi berbahaya.

Publisher

Penerbit Universiti Sains Malaysia

Subject

Sociology and Political Science,History,Cultural Studies

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3