Teater Tradisional Mendu dan Bangsawan di Asia Tenggara: Hubung Kait Sejarah dan Elemen Persembahan

Author:

Rosdeen Suboh

Abstract

This article was conducted due to the arising issues stating the connections between mendu or wayang mendu, and bangsawan but there is no further explanation regarding this matter. Moreover, there are statements from several scholar mention that the mendu or wayang mendu was the origin of bangsawan, but there is no detailed explanation. The data examined in this article involves: bangsawan performances that are still active in Kuala Lumpur, Kedah, and Sarawak which staged different stories; forms of bangsawan with different names in the coastal areas of West Sumatera and West Kalimantan, namely wayang (bangsawan) kampung, wayang Parsi, komedi Melayu, dul muluk and mamanda; while the mendu theatre which only staged Dewa Mendu story performed by respective active groups in Pulau Sedanau, Natuna (Riau Islands), Mempawah (Pontianak, West Kalimantan), and Malaysia (Universiti Malaya, Kuala Lumpur). All data collection was also obtained from interviews with mendu and bangsawan practitioners who are still active in both countries. From the data collected, this article only focusses on the connection between the historiography of mendu–bangsawan with the influence of Persian commercial theatre from Gujarat, especially in the period from 1870 to 1940. This is because, during that period, the bangsawan name was initially called wayang Parsi (mendu), tiruan wayang Parsi, and later became the main reference in the history of the development of traditional theatre in Southeast Asia. The results of the discussion in this article are divided into several important aspects which are: the relevance of historical aspects particularly the origin and development; conceptual elements (rituals and entertainment); language (dialogue); stage setting (acting space and curtain set); acting style (actors); and performance structure (scenes) of both theatres.   Artikel ini membincangkan tentang isu perkaitan sejarah dan elemen persembahan antara teater tradisional mendu dan teater bangsawan Malaysia–Indonesia. Hal ini kerana terdapat penyataan dari beberapa kajian sarjana menyatakan bahawa teater mendu atau wayang mendu adalah asal mula bangsawan, namun tiada keterangan secara terperinci. Bagi tujuan tersebut, data yang diteliti dalam artikel adalah melibatkan: persembahan bangsawan yang masih aktif di Kuala Lumpur, Kedah, dan Sarawak yang telah mementaskan cerita yang berlainan; dan juga bentuk bangsawan dengan nama lain yang masih aktif di kawasan pesisiran Sumatera Barat serta pesisiran Kalimantan Barat iaitu wayang (bangsawan) kampung, wayang Parsi, komedi Melayu, dul muluk, dan mamanda; manakala teater mendu pula hanya mengambil data dari kumpulan yang masih aktif mementaskan satu-satunya cerita Dewa Mendu di Pulau Sedanau, Natuna (Kepulauan Riau), Mempawah (Pontianak, Kalimantan Barat), dan Malaysia (Universiti Malaya, Kuala Lumpur). Pengumpulan data juga diperoleh melalui temu ramah tokoh-tokoh mendu dan bangsawan yang masih aktif di kedua-dua negara. Dari data yang dikumpul, fokus penelitian hanya dibuat ke atas perkaitan pensejarahan mendu bangsawan dengan pengaruh teater komersial Parsi seperti dari Gujerat terutama pada tahun 1870 hingga 1940. Hal ini kerana, pada tempoh tersebut nama bangsawan awalnya telah digelar wayang Parsi (mendu), tiruan wayang Parsi, dan kemudian telah menjadi sebuah bentuk teater rakyat kaum Melayu yang menjadi rujukan utama dalam sejarah perkembangan teater tradisional di Asia Tenggara. Hasil dari perbincangan dalam artikel ini terbahagi kepada beberapa aspek penting iaitu: hubung kait mendu–bangsawan dari aspek pensejarahan seperti fakta asal-usul dan perkembangan; perkaitan elemen konsep (ritual dan hiburan); bahasa (dialog); panggung (ruang lakon dan set tirai); gaya lakon (pelakon); dan struktur persembahan (babak).

Publisher

Penerbit Universiti Sains Malaysia

Subject

Music,Visual Arts and Performing Arts,Cultural Studies

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3