Author:
Anuar Muharram,R Ibrahim R Zirwatul Aida,Md. Yasin Md. Aris Safree
Abstract
Gajet dan Internet telah membawa norma baharu dalam hampir semua aspek penting kehidupan. Tidak dinafikan banyak aspek positif daripada penggunaan gajet dan Internet namun, penggunaannya yang berlebihan boleh mengganggu perkembangan emosi. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji pengaruh ketagihan gajet dan Internet terhadap kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Dengan menggunakan persampelan rawak mudah, 370 pelajar sarjana muda telah dipilih sebagai responden bagi menjawab soal selidik iaitu Smartphone Addiction Scale Short Version (SAS-SV), Internet Addiction Test (IAT) dan USM Emotional Quotient Inventory (USMEQ-i). Analisis regresi berganda telah digunakan untuk mengukur pengaruh ketagihan gajet dan Internet terhadap kecerdasan emosi pelajar. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap ketagihan gajet, ketagihan Internet dan kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar berada pada tahap yang tinggi. Dapatan daripada analisis inferensi iaitu regresi berganda menunjukkan terdapat hubungan negatif yang signifikan antara ketagihan gajet dengan Internet terhadap kecerdasan emosi pelajar. Hasil kajian ini akan menyumbang kepada literatur penentu kecerdasan emosi pelajar serta dapat memberi manfaat kepada usaha universiti untuk mengenal pasti tindakan yang relevan bagi memastikan kecerdasan emosi pelajar berada pada tahap yang lebih baik.
Publisher
Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu