Author:
Zulkifli Nur Syahidah Husnina,Kamaludin Mahirah
Abstract
Penyu adalah salah satu spesies penting yang menyumbang kepada ekosistem marin. Ia bertindak sebagai pengendali ekosistem kerana ia membantu dalam produktiviti ekosistem laut yang lain. Penyu laut di Terengganu, Malaysia diberi perhatian tinggi dalam penyelidikan ini memandangkan populasi penyu semakin berkurangan sejak 1960-an. Objektif utama kajian ini adalah, pertama, untuk mengira kesanggupan membayar dalam kalangan individu yang tidak mempunyai pengalaman langsung dengan penyu terhadap program pemuliharaan di Terengganu dan kedua, mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kesan kesanggupan membayar dalam kalangan masyarakat kepada pemuliharaan penyu di Terengganu. Kajian ini dijalankan ke atas 110 responden di Kuala Terengganu menggunakan kaedah tinjauan - soal selidik, dan diberikan secara rawak berdasarkan sosioekonomi, umur dan pendidikan. Penyelidikan berdasarkan Teori Utiliti Rawak (RUT) dan Kaedah Penilaian Kontinjen (CVM) untuk menganggar kesanggupan membayar. Data kajian kemudiannya akan dianalisis menggunakan perisian ekonometrik Stata. Dapatan kajian yang dijangkakan menentukan bahawa responden bukan pengguna dari semua peringkat umur dan latar belakang sanggup membayar dan menyokong pemeliharaan dan pemuliharaan penyu di Terengganu, Malaysia. Selain itu, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi orang ramai untuk membayar iaitu memastikan spesies penyu terpelihara dan dapat dilihat oleh generasi akan datang serta mengiktiraf kepentingan spesies penyu kepada ekosistem marin. Kesimpulannya, ini menunjukkan bahawa kesedaran tentang pentingnya penyu masih wujud walaupun di kalangan bukan pengguna yang tidak terlibat secara langsung dengan spesies penyu.
Publisher
Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu
Reference24 articles.
1. Amy Jane Beer, D. H. (2008). Marine Fish & Sea Creatures. Australia: Anness Publishing. Anatoli Togridou, Tasos H. & John D. P. (2006,
2. November 1). Determinants of visitors’ willingness to pay for The National Marine Park of Zakynthos, Greece. Ecological Economics, 60(1). 308-319. https://doi.org/10.1016/j.ecolecon.2005.12.006
3. Bateman, I. J., & Langford, I. H. (1997). Non-users’ willingness to pay for a national park: An application and critique of the Contingent Valuation Method. Regional Studies, 31(6), 571-582. https://doi.org/10.1080/00343409750131703
4. Bateman, I. J., Langford, I. H., & Graham, A. (1995). A survey of nonusers’ willingness to pay to prevent saline flooding in the Norfolk
5. Broads. CSERGE Working Paper GEC 95-111. Centre for Social and Economic Research on the Global Environment, School of Environmental Sciences, University of East Anglia, Norwich.