SIMPTOM KEMURUNGAN DALAM KALANGAN PENAGIH DADAH WANITA DI PUSAT RAWATAN DAN PEMULIHAN DADAH

Author:

Ismail Rose Fazilah,Abd. Rashid Rusdi,Abd. Wahab Haris,Ishak Zahari

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti simptom kemurungan dalam kalangan penagih dadah wanita yang sedang menjalani rawatan dan pemulihan penagihan dadah. Pengenal pastian simptom kemurungan dalam kalangan penagih dadah wanita penting bagi mengelakkan masalah dual diagnosis yang boleh memberi risiko penagih dadah wanita pada tingkah-laku relaps, tingkah-laku penagihan impulsif dan penularan penyakit berjangkit khususnya penyakit bawaan darah. Kajian rintis ini dilaksanakan menerusi kaedah penyelidikan kuantitatif dan dapatan dikumpul melalui kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Instrumen M.I.N.I. Neuropsychiatry telah digunakan bagi mengukur kemurungan, manakala jenis penyalahgunaan bahan khususnya dadah diteliti berdasarkan instrumen ASSIST (Alcohol, Smoking and Substance Involvement Screening Test). Seramai 31 dari 180 orang penagih dadah wanita telah dipilih secara rawak mudah dan data dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian mendapati, seramai 12 orang daripada 31 orang responden kajian menyatakan mereka mengalami simptom gangguan kemurungan yang digariskan oleh ‘Diagnostic Statistical Manual Mental Disorders’ (DSM-IV) seperti rasa sedih, murung atau pilu secara berpanjangan atau hampir setiap hari sekurang-kurangnya dalam tempoh dua minggu sehingga menyebabkan individu kurang berminat menikmati perkara terdahulu sehingga mengganggu aktiviti sosial. Manakala selebihnya lagi responden tidak menunjukkan simptom kemurungan dan ia mungkin dipengaruhi oleh proses rawatan dan pemulihan. Penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine seperti syabu dan ‘ecstasy’ boleh memberi implikasi negatif terhadap kesihatan mental penagih. Perhatian yang serius perlu diberikan kepada penagih dadah wanita yang menderita dengan masalah ‘dual diagnosis’. Hasil kajian penting sebagai informasi kepada pihak yang bertanggungjawab mengenai kepentingan saringan kesihatan mental secara klinikal kepada penagih dadah khususnya wanita dan keperluan integrasi rawatan kesihatan mental dalam program rawatan dan pemulihan penagihan dadah yang mempunyai masalah ‘dual diagnosis’.   Kata Kunci: Dadah, kemurungan, penagih dadah wanita, pusat rawatan pemulihan, simptom   ABSTRACT This study aims to identify symptoms of depression among female drug users that are treated at a Cure and Care Drug Rehabilitation Centre. The identification of depression symptoms among female drug user is crucial to prevent ‘dual diagnosis’ problem that can cause female drug users to be at risk of having relapse behavior, impulsive addiction behavior and transmission of infectious diseases especially blood related disease. This pilot study used quantitative method and data were collected via survey involving a set of close-ended questionnaire. M.I.N.I Neuropsychiatry Instrument was used to identify depression symptoms, while Alcohol, Smoking and Substance Involvement Screening Test (ASSIST) instrument was used to determine types of specific substance abused among the female drug users. 31 of 180 female drug users were randomly selected using simple random sampling technique and data were descriptively analyzed. The findings indicated that 12 out of 31 respondents reported having depression symptom as outlined by Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-V) such as prolonged sadness, moody or melancholy continuously for at least two weeks and had caused loss of interest in enjoying things they preferred to in the past and distributed their daily social activities. However, the remaining respondents did not report any depression symptom and it could be due to the current treatment and recovery process they undergo.  Methamphetamine drug abused such as syabu and ecstasy had negative effects to users’ mental health. Serious attention should be given to the female drug users who are suffering from dual diagnosis. The findings are crucial for the relevant and responsible authorities to providing clinical mental health screening for the addicts especially the female drug addicts.  An integrated mental health treatment among the female drug users with ‘dual diagnosis’ is recommended in the treatment and rehabilitation program.   Keywords: Depression, cure and care rehabilitation centre, drug, female drug users (FDU), symptom   Cite as: Ismail, R. F., Rashid, R. A., Abd. Wahab, H., & Ishak, Z. (2019). Simptom kemurungan dalam kalangan penagih dadah wanita di pusat rawatan dan pemulihan dadah [Depression symptoms among female drug users at cure and care rehabilitation centre]. Journal of Nusantara Studies, 4(2), 168-192. http://dx.doi.org/10.24200/jonus.vol4iss2pp168 -192

Publisher

SciTech Solutions

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3