KAJIAN SOSIOPERUNDANGAN PERKAHWINAN MERENTASI SEMPADAN DI NUSANTARA [SOCIO LEGAL RESEARCH ON CROSS-BORDER MARRIAGE IN THE MALAY ARCHIPELAGO]

Author:

Md Said Muhamad HelmiORCID,Md Hashim NorainiORCID,Abdul Hak NoraORCID,Che Soh@Yusoff RoslinaORCID,Ahmad Fuzi Fauziah HaniORCID,Yaakob KhairulshuhadahORCID

Abstract

Latar belakang dan tujuan: Rentetan dari pertambahan bilangan perkahwinan merentasi sempadan dan penyelidikan yang terhad mengenainya, penyelidikan ini telah dijalankan bertujuan untuk membincangkan aplikasi undang-undang dan amalan-amalan dalam perkahwinan merentasi sempadan dalam kalangan Muslim di Malaysia.     Metodologi: Penyelidikan ini telah dijalankan menggunakan pendekatan kajian sosioperundangan dan kaedah kualitatif. Data telah diperoleh melalui sesi temu bual dengan 11 informan yang terdiri daripada pegawai pejabat agama di Malaysia, Pegawai pejabat agama di Selatan Thailand, Pegawai Konsulat Malaysia di Songkhla, Thailand dan juga pasangan-pasangan yang telah mengamalkan perkahwinan merentasi sempadan.  Selain itu, analisis dokumen juga digunakan bagi menganalisis statut dan kes-kes yang diputuskan oleh mahkamah.    Dapatan Kajian: Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa amalan perkahwinan merentasi sempadan dalam kalangan Muslim di Malaysia berlaku disebabkan oleh pelaksanaan undang-undang yang begitu ketat di samping tahap keterbukaan pasangan yang terlibat dalam perkahwinan merentasi sempadan dalam menerima perkahwinan merentasi sempadan ini. Kajian juga menunjukkan bahawa ketiadaan peruntukan yang khusus berkaitan perkahwinan merentasi sempadan ini menyebabkan timbul isu perundangan di peringkat global yang perlu diselesaikan melalui instrumen antarabangsa.   Sumbangan: Kertas penyelidikan ini merupakan satu permulaan kepada penyelidikan yang lebih terperinci terhadap perkahwinan merentasi sempadan iaitu hasil dari penyelidikan akan akan digunakan sebagai penambahbaikan terhadap peruntukan undang-undang yang sedia di Malaysia pada masa kini.   Kata kunci: Perkahwinan merentasi sempadan, prosedur perkahwinan, sosio-perundangan, undang-undang keluarga Islam, undang-undang ketat.   ABSTRACT Background and Purpose: Due to the increase in the number of cross-border marriage and limited research available in the area, the paper sets on discussing the application of the related laws and practices that surround cross border marriage among the Muslims in Malaysia.   Methodology: This research used the socio-legal approach and qualitative method. The data had been obtained through interviews with 11 informants, consisting of officials of the religious office in Malaysia and in Southern Thailand, officials of the Malaysian Consulate in Songkhla, Thailand as well as couples who practised cross-border marriage. Apart from that, analysis document had been used to analyse statutes and reported cases.   Findings:  This research shows that the practice of cross-border marriage among Muslims couples in Malaysia is due to strict implementation of the law and their aceptance and openness in going for cross-border marriage. The lacuna of specific provisions relating to cross-border marriage in the law has led to global legal issues that require resolution using international instruments.   Contributions: This article is hoped to pave the way for a more comprehensive study on the cross-border marriage which the findings will be useful to further improve the current legal provisions in Malaysia.   Keywords:  Cross-border marriage, Islamic family laws, strict laws marriage procedure, socio-legal.   Cite as: Md Said, M. H., Md Hashim, N., Abdul Hak, N., Che Soh, R., Ahmad Fuzi, F. H., & Yaakob, K. (2020).  Kajian Sosioperundangan perkahwinan merentasi sempadan di nusantara [Socio legal research on cross-border marriage in the Malay Archipelago]. Journal of Nusantara Studies, 5(2), 129-151. http://dx.doi.org/10.24200/jonus.vol5iss2pp129-151

Publisher

SciTech Solutions

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3